Ada apa dengan 9?

Alkisah…last 3 weeks saya berjumpa dengan sahabat baik saya, Saudara Syukor Hashim. Bagi yang mengenali beliau, beliau merupakan Admin bagi jutawanemas.com. Beliau juga adalah seorang blogger merangkap seorang speaker yang hebat. Memang hebat dia ni, sampaikan sape yang datang seminar die menganga mulut dengar die cerita. Heheh…Niche beliau ialah berkaitan dengan Emas. Kalau para pembaca budiman sekalian nak tahu, boleh lah berkunjung ke blog beliau. Dan yang lebih membanggakan, saya salah seorang yang berjaya “meracun” beliau supaya berhenti kerja. Alhamdulillah..

Salah satu topik yang kami sembangkan adalah berkaitan dengan no 9. Memang bukan secara kebetulan, nombor kereta beliau ialah 2199.

“Kor, apsal hang ambik no tu?” tanya saya.

“Paat. Aku memang minat nombor 2 dan 1 ni. No 99 ni pulak..aku kan juai emas. Emas 999! Ha, tu maksudnya ketulenan la tu!” kata beliau.

Betul jugak tu. Di sebabkan beliau tokey emas 999, sangatlah kena jika beliau menggunakan plat nombor yang ada nombor 9. Di tambah pulak dengan keta Camry nya yang berwarna GOLD. Ishh…sangat pedih bijik mata melihatnya.

Dari situ topik kami beralih kepada perihal ibu duit. Anda pernah dengar pasal ibu duit? Ha..bagi yang arif pasal duit ni, mesti dah tau kan? Kisah ibu duit ni saya dengar sebelum saya jumpa Syukor lagi. Asalnya masa tengah lepak kat MDeC dengan 2 orang kawan saya ni. Menurut salah seorang dari kawan saya, ibu duit ini no sirinya mestilah bermula dengan 9 dan berakhir pula dengan 9. Dia pun dengar cerita ibu duit ni dari seorang usahanita yang dengar cerita hebat jugak lah..Banyak nya saya dengar cerita…tah ye tah tak. Wallahualam…

So bile duduk dengan Syukor tetiba terbukaklah cerita pasal ibu duit ni.

“Aku pun pernah dengar Paat. Tapi yang aku tau, ada tiga no 9. Kat awal, tengah dan akhir. Lagi satu tak boleh ada nombor 4.” kata beliau. Melopong mulut saya, ada lagi rahsia ibu duit ni. Patutla yg saya simpan tu tak beranak! Hahaha! —–> ni ayat bergurau ni :P

Masa sekolah

Zaman dulu, saya tau pasal nombor 9 ni bile nak hafai sifir. Sifir paling senang selain dari sifir 1 ialah 9. Pakai jari pun boleh. Lepas tu tengok tapak tangan. 9 dan 9, mewakili 99 nama Allah. Ni ustaz saya yg bagitau. Lagi satu, kalau lumba lari pulak. Lorong ada 8 kan? Setiap kali saya lari 100 meter mesti buat-buat jatuh sebab saya memang tak kuat lari. Asyik corot je. Dari corot, baik disqualified. Kira nombor 9 lah tu!

Perniagaan sebagai punca rezki

Pernahkah anda mendengar bahawa 9/10 punca rezki adalah dari perniagaan? Pernah? Bagus. Bagaimana pula dengan tafsirnya? Izinkan saya memberikan tafsiran nya berdasarkan kepada ilmu saya yang dengkil ini.

9 adalah punca rezki. Ini bermaksud ada 9 cabang rezki yang boleh kita dapat pada satu-satu masa. Umpamanya kita mempunyai 9 client yang berbeza. Yang mana setiap satu memberikan kita peluang untuk menzahirkan servis dan produk dan seterusnya mendapat upah atau balasan atau bahasa bisnesnya payment.Setiap satu darinya itu mempunyai kadar yang berbeza. Ada yang lebih dan ada yang kurang. Itu tidak penting. Yang penting ialah kita sebagai usahawan hendaklah memastikan pelanggan kita berpuashati dengan servis yang kita berikan dan berdoa semoga mereka akan terus menggunakan perkhidmatan kita.

Apakah rahsia mempunyai 9 client? Mudah saja, dekat kan lah diri kita dengan Allah. Yakinlah bahawa Allah itu pemberi rezki. Tidak ada yang lebih utama dari itu. Bila kita dekat dengan Allah, dan sentiasa berdoa kepadanya, nescaya Allah akan membantu kita dalam apa jua keadaan. Dan janganlah sesekali kita berasa takut kepada manusia, contohnya apabila mula-mula nak approach client, tapi yakinlah dengan rezki yang telah Allah tentukan buat kita.

Pesanan saya kepada anda:

“Jikalau hari ni gaji anda ialah RM4 ribu sebulan. Yakinlah sekurangnya-kurangnya anda akan mendapat RM36 ribu sebulan jika anda berniaga. Syaratnya, kembalilah kepada Allah. Jauhkan apa yang di larang, buat apa yang di suruh. Bersangka baiklah kita kepada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan rezki buat kita dari tempat yang tidak di sangka-sangka”

Jadi bagaimana pula dengan yang 1 tadi? Dari 9/10 tadi, yang 9 nya saya dah tafsirkan. Yang 1 ni bagaimana? Sahabat, yang 1 itu adalah diri kita sendiri. Jikalau kita malas untuk mencari rezki, mana mungkin Allah akan menolong kita. Jikalau dalam usaha kita mencari rezki, kita masih lagi melakukan maksiat, mana mungkin Allah membantu kita.

Diri kita ini punca kepada kekhilafan diri sendiri. Ini kerana kita tidak menggunakan nikmat yang telah Allah berikan dengan sewajarnya. Kita ada otak, tapi kita malas nak fikir. Kita ada mulut, tapi kita malas nak mengaji. Kita ada mata, tapi kita gunakan ke jalan yang salah, kita ada tangan, tapi kita malas nak ambik air semayang, kita ada kaki, tapi kita sangat jarang ke rumah Allah. Alangkah ruginya kita!

Pilihlah sekarang, anda nak yang 9 ke anda nak yang 1?

Sebagai seorang usahawan baru, saya berpesan kepada diri saya dan kepada anda sekalian supaya sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. Cara paling mudah ialah dengan mencintai Rasullah. Ingat, Rasullah itu adalah kekasih Allah. Cintai lah Rasullah dengan sepenuh jiwa raga kita. Baginda juga adalah seorang usahawan. Jadikan lah baginda sebagai role model kita dan berdoalah semoga Allah mempermudahkan jalan kita untuk mencari rezki yang halal.

Insyaallah!!

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya and tagged . Bookmark the permalink.

6 Responses to Ada apa dengan 9?

  1. ijamidayu says:

    Owh.. Amat menarik kisah nihe!!!!!

    Pengajran utk diriku jua PAAT!!.. Jaga ko.. AKu akan ligan ko nak dpt RM 100k sebulan.. AMIN… :D

  2. shufaad says:

    heheh..jom2! AKu pon tgh target around that figure :) . Bro, ko join cyberjaya punye photo competition tak?

  3. fyza says:

    aku suka baca ko nya motivation bro.. aku harap aku akan jadi seperti ko satu hari nanti.. doakan aku yea…

  4. wawa says:

    inspiring. :)

    semoga aku diberikan petunjuk dan dipermudahkan jalan.

  5. shufaad says:

    insyallah! Rapatkan lah diri kita dengan Allah dan Rasullah. :)

  6. shufaad says:

    trimas. Idea datang dari Allah, aku tukang tulis je :) Kalau ko berusaha, ko jadik lebih baik dari aku. Amin!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>