Pertama sekali, tajuk kali ni takde kene mengena dengan AF, mahupun TomTomBak. Bakat yang di maksudkan ini ialah bakat terpendam anda sebagai seorang usahawan. Persoalan yang mesti di jawab ialah, bagaimana untuk mengenalpasti bakat anda sebagai seorang usahawan.
Maka dengan itu, soalan seperti “Boleh kah anda berniaga?” atau “Pernah tak anda cuba-cuba meniaga?” perlu anda jawab dengan jujur. Kalau anda mahukan result yang lebih berkesan, apa kata anda ambik pen dan kertas. Saya perlukan kerjasama anda.
G la ambik pen dan kertas sekarang. Saya tunggu……
OK. dah? Saya mulakan dengan sedikit kisah saya. Cerita bagaimana saya mendapat kekuatan untuk menjadi seorang usahawan walaupun ketika saya berhenti gaji terakhir saya melebihi RM3K sebulan di tambah saya mempunyai savings yang amat sedikit.Apatah lagi saya mempunyai keluarga untuk di tanggung dan dapur yang perlu berasap.
Sebenarnya, kekuatan untuk berhenti kerja ini bukanlah saya dapat semalaman. Sebaliknya ia adalah hasil pengalaman dan pemerhatian saya sejak sekian lama. Semakin lama saya berada di dalam ‘sistem’ makan gaji ini, semakin tidak selamat saya rasakan. Saya mula mencari dan mengumpu sebab kenapa saya perlu berhenti. Sehinggalah saya terkenangkan kisah saya muda-muda dahulu.
10 tahun, Darjah 4
Ketika saya berusia 10 tahun, saya telah berpindah sekolah dari Sek Keb Batu 9 Cheras ke Sek Keb Kemendor, Jasin. Walaupun saya lahir di kampung, tapi saya membesar di merata tempat. Abah saya bukanlah seorang polis atau askar, tetapi dia seorang pomen kereta. Saya tak tau kenapa abah berpindah randah. Apa yang saya tahu, dengan bakat repair keta yang ada pada abah, senang-senang aja die boleh keje kat Ferari. Dasat…
Berbalik kepada cerita saya. Untuk seorang budak bandar menyesuaikan diri dengan sekolah di kampung bukanlah sesuatu yang senang. Saya bersyukur kerana arwah nenek sebelah mak saya membuka kedai makan di kampung, manakala arwah atuk sebelah abah adalah imam masjid Jasin. Advantage bagi saya kerana ada payung-payung yang hebat ini.
Setiap pagi sebelum ke sekolah saya akan tolong nenek untuk bungkus nasi lemak. Pada zaman tu, nasik lemak cuma berharga 20sen. Macam – macam ada. Nasik lemak nenek saya merupakan antara yang ter CHAMPION kat kampung tu. Sebelum subuh je dah ramai yang singgah kedai nenek beli. Maklumlah kebanyakan penduduk kampung merupakan penoreh getah. Pukul 7.30 dah habis.
Oleh kerana permintaan melebihi penawaran, ada di kalangan kawan-kawan baru saya yang order nasik lemak terus pada saya. Bermula dari 2, 3, 5 dan angkanya terus bertambah sehingga habis semua orang dari kelas saya start order nasik lemak. Siap dengan cikgu-cikgu sekali! Dari situ bemulalah perjalanan saya sebagai sebagai seorang usahawan. Kadang-kadang tu lebih dari 30 bungkus nasik lemak saya bawak ke kelas. Setiap satu bungkus saya ambik 5sen, nenek ambik 15sen. So hampir setiap hari saya boleh dapat income bersih RM1.50. Untuk seorang budak darjah 4, tahun 1988, banyak tu..belanja sekolah saya pun cuma 20sen setiap hari.
Sehinggalah pada satu tahap di mana saya rasa saya perlu meluaskan empayar perniagaan nasik lemak saya. Keadaan ini telah membuatkan saya mengambil keputusan untuk menjual nasik lemak di kantin sekolah, satu keputusan yang tidak wajar…..Seingat saya baru 3 hari jual nasik lemak kat kantin tu saya dah kena marah. Ye la, makcik kantin tu pun niaga nasik lemak juga. Tak ke berapi orang tua tu tengok budak-budak sekolah semua beli nasik lemak dari saya! :p
Selain dari meniaga nasik lemak kat sekolah, setiap malam Sabtu, kat padang kampung saya, ada tayangan wayang gambar. Berpusu-pusu la orang kampung keluar nak tengok wayang di bawah sinaran purnama…open air tu. Saya? Jual kacang rebus. 20 sen satu paket. laku gile…abang saya jual air. Sapa yang tercekik makan kacang dah boleh minum air. Bijak kan?
Umur 11 tahun, Darjah 5
Saya berpindah sekolah dari Melaka ke Johor Bahru. Lebih tepat di Sek Keb Permas Jaya 1. Sekolah ketiga saya dalam tempoh 5 tahun. Kat sana saya meniaga jugak. Tapi lebih bersistematik dan berteknologi. Heheh. Nak tau macam mana?
Saya ambik upah cabut uban abah saya. Sehelai uban, 1sen. Abah saya banyak uban. Satu hari boleh dapat 50 sen. Duit yang saya dapat saya simpan dalam satu tabung plastik. Sehinggalah amaun dia cukup untuk saya beli 3 item penting ni. Yang pertama, saya beli Game tembak-tembak. yang kedua beli buku nota dan yang ketiga beli pen. Dengan bermodalkan game tu, saya start bukak mini kedai game kat kelas saya. Sapa-sapa yang nak main game, saya kene kan cas 20sen untuk sekali main atau 3 nyawa. Sapa – sapa yang berhutang, nama dia masuk dalam buku 555 @ buku nota saya. Pen tu gunanya untuk tulis la sebab masa sekolah dulu saya pakai pensel je. heheh…
———————–
Ha..itulah antara nostalgia saya sebagai seorang usahawan. Saya gunakan nostalgia ini untuk menyakinkan diri saya sendiri bahawa saya sememangnya seorang usahawan. Semangat dan jiwa meniaga tu memang dah ada lama dah. Cuma saya sendiri tak paham kenapa saya memilih untuk kerja makan gaji selama 9 tahun. pelik kan?
Pen dan kertas yang saya mintak kawan-kawan sediakan tadi adalah untuk kegunaan anda jugak. Apa kata anda tulis semua pengalaman anda berniaga, tak kiralah masa umur 10 tahun ke 20 tahun. Gunakan pengalaman anda ini untuk membina kekuatan dan motivasi anda sendiri. Ingat, motivasi dalaman ini lebih penting dari motivasi luaran. Dorongan dan keinginan untuk berubah adalah lebih baik datang dari sendiri dari di suruh oleh orang lain.
Anda anda bakat, cuma anda perlu carik jalan untuk kembangkan bakat anda. Pilih lah jalan keusahawanan.

Allah, nasi lemak pulak dihidang pagi-pagi ni.
Hahah…
Wa kena tangkap jual daun terup yg leh tepuk tu masa darjah 3
lumayan tuuu 100% keuntungan
So kira jawapan nyer i am born to be usahawan la ek
Nasib baik ko tak bukak Genting….kalau tak dah kaye..ehhe
jgn terliur…..dugaan..:P
Pertamanya tahniah kepada tuan kerana tuan telah mengutarakan topik yang kian kerap dibincangkan.
Pembangunan bakat perlu dicungkil dari peringkat akar agar kita lebih memahami dan melihat dengan lebih jelas kecenderungan pelajar atau khususnya anak-anak dewasa ini.Bakat adalah semulajad.Bakat yang tidak dicungkil akan menjadikan anak-anak kurang terarah kepada kelebihan dimiliki mereka.Dulu pemikiran ibubapa dan pendidik lebih menekankan pandai matematik dan bahasa menunjukkan pelajar itu bijaksana.Para pakar kini lebih menekankan agar Multiple Intelligence bagi setiap pembentukan bakat anak-anak seperti bakat suara,bakat seni,bakat kreativiti,bakat pengetahuan dan selainnya.Di Israel sendiri Universiti Bakat telah lama diwujudkan untuk anak mudanya.Bakat yang dapat digilap akan menghasilkan lakaran warna yang lebih terhadap pembangunan anak-anak.Mengambil contoh sebuah konsultan bumiputera yang begitu teguh dalam pembangunan bakat di Malaysia kini iaitu Talent Development Consultancy atau boleh layari http://www.talentdevelopmentconsulting.com
semina,kursus dan berbagai program yang diatur khususnya untuk pembangunan bakat anak-anak.
Justeru itu dari sekarang mari meraikan bakat sebagai satu dari usaha pembangunan modal insan.