Bisnes Emas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Secara ikhlasnya, menjadi tokey emas bukanlah termasuk di dalam kategori cita-cita saya, Tak pernah pon terpikir nak meniaga emas ni. Saya selesa duduk depan laptop, trade dan buat duit. Bunyik macam mudah kan? Tak jugak. Itu lah sebenarnya realiti bila dah jadik forex trader ni. Risiko untuk rugi, sentiasa ada. High risk, high return. Hanya yang cekal, tabah, dan degil saja yang berani buat keja macam ni. Macam saya :)

Nak bukak kedai emas?

Perniagaan emas konvesional memerlukan modal yang besar. Sangat besar. Kena ada kedai yang dok kat lokasi yang strategik, kena ada staf yang jujur dan sabar melayan kerenah pelanggan, kena ada stok emas yang cukup dan terkini, kena ada pak/mak guard yang confirm tak tido masa jaga kedai (dan tak tertembak kawan sendiri), kena ada sistem sekuriti contohnya CCTV ke, alarm system ke, pastu kena ada bilik kebal untuk simpan stok emas dan cash dan macam-macam lagi lah. Saya tak rasa saya mampu buat semua tu. Anda mampu? Sanggup? Nak gi cuti ngan family tapi dok teringat kedai emas? Risau, risau dan sangat risau.

Peluang Perniagaan Emas Public Gold

Public Gold Marketing Sdn Bhd menyediakan peluang kepada golongan marhain macam saya dan anda untuk menjadi tokey emas. Dengan bermodalkan RM20,000 sahaja, anda boleh memulakan perniagaan emas anda. Jadi apa sebenarnya yang anda dapat dengan modal sebanyak tu? Anda akan mendapat emas. Anda bagi duit, Public Gold bagi emas. Kalau nak campur dengan silver pon boleh. Mudah kan? Straight forward business. Takde hanky panky. Takde 35-65 skim, takde hibah sebulan 2%, takde pon risiko emas anda kena songlap dengan syarikat. Sebab anda sendiri yang akan simpan emas tersebut. Terpulanglah kepada anda sama ada nak simpan kat rumah ke, kat safe deposit box ke, nak bagi kat saya pon boleh. :)

Jadi, apa yang anda akan dapat? First time anda jadik dealer, anda akan di beri komisyen sebanyak 1%. Even pembelian pertama anda yang 20k tadi pon akan dapat rebet 1%. Jikalau anda ada modal RM100,000.00 dan anda membuat pembelian pertama di dalam satu invois dari Public Gold, anda di kira menjadi Priority Dealer. Apa kelebihan Priority Dealer ni? Komisyen nya 1.5%.

Oleh kerana Public Gold merupakan syarikat yang berasaskan sales atau jualan, maka lagi banyak sales yang anda buat, maka lagi banyaklah komisyen yang akan anda dapat. Takde kena mengena dengan MLM atau skim cepat kaya (kayap). Pembeli bagi duit, anda bagi emas, anda order balik dari Public Gold, anda dapat komisyen 1% atau 1.5%. Setel.

Faedah-faedah

Selain dari modal yang rendah, ada beberapa lagi kelebihan Public Gold yang saya sangat penting untuk anda tahu:

  1. Public Gold menawarkan emas pelaburan bermula dari 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 250 gram (999.9) Selain itu,syarikat juga ada menawarkan dinar dan juga silver. So pembeli/pelabur ada banyak pilihan.
  2. Product order boleh di laksanakan 24 jam melalui 3 cara; laman web Public Gold, email dan jugak SMS.
  3. Spread ataupun susut nilai bagi emas pelaburan ini adalah sangat rendah, iaitu sebanyak 5% – 6%. Maknanya, jika harga emas naik, pembeli/pelabur akan dapat pulang modal (ROI) atau untung dengan lebih cepat.
  4. Public Gold juga mempunyai cawangan di serata Malaysia. Yang confirm takde cuma dekat Perlis je. Negeri yang lain sama ada telah di buka, sedang renovate atau on the way.
  5. Public Gold ada kilang sendiri. Senang. Kapasiti pengeluaran emas Public Gold sekarang telah di tingkatkan ke 30 kg sehari. Jadi sepatutnya cukup untuk di agihkan kepada cawangan-cawangan nya.

Bersedia menjadi dealer?

Bagi mereka yang masih baru tentang bisnes emas Public Gold, saya akan menolong mendaftarkan anda sebagai dealer di bawah rangkaian saya. Apa yang perlu anda buat hanyalah:

  1. SMS kan nama penuh, no kad pengenalan, dan email address ke nombor telefon saya, 016-6447174.
  2. Jikalau anda telah pon mempunyai pilihan produk, nyatakan pilihan produk anda bersama SMS tersebut. Jika tidak, saya akan membantu anda untuk membuat pilihan produk yang terbaik.
  3. Saya akan menghantar semua butir tersebut ke Public Gold yang berdekatan dengan kawasan anda. Contohnya, jika anda berada di Ayer Keroh, Melaka saya akan menghantar maklumat anda ke Public Gold cawangan Melaka.
  4. Pada hari yang sama atau mungkin keesokkan harinya ada staf Public Gold yang akan menelefon atau/dan menghantar Purchase Order ke email anda. Angkat telefon dan jawab atau periksa email anda.
  5. Pergi ke bank yang berdekatan dan buat pembayaran ke akaun Public Gold, sama ada Maybank atau Public Bank, berdasarkan kepada amaun yang tertulis di dalam Purchase Order tersebut.
  6. Bawak slip kemasukan duit yang original ke ofis Public Gold dan bagi kat staf sana.
  7. Insyallah kalau tak ramai orang dan ada stok, anda akan dapat emas anda pada masa itu juga.
  8. Dah dapat emas, balik dan senyumlah! :)

Mudah kan??

Hubungi saya

Baiklah. Jikalau anda mempunyai sebarang pertanyaan, telefon saya terus. Nak set appointment pon boleh. Ni nombor saya, 0166447174. Insyaallah saya akan tolong mana yang mampu. Kalau anda berminat nak datang seminar, lagi bagus. Nanti boleh tengok jadual kat jutawanemas.com. Nak tau banyak pasal emas pon boleh baca blog tu. Kawan saya punye tu, Syukor Hashim. Bagus budak Syukor ni :) .

So camne? Anda dah bersedia untuk menjadi tokey emas?

 

10 Responses to Bisnes Emas

  1. Ifa says:

    Salam.

    Nak tanya beza public gold dengan gold bar yang kita beli kat kedai emas tu ??

  2. shufaad says:

    Salam. Ifa.
    1. Harga PG lebih rendah dari harga kedai emas.
    2. Spread atau beza antara jual dan beli PG lebih kecil, antara 4 – 8%. Kat kedai, 15-25%.

    TQ

  3. hisham says:

    salam tuan,
    saya nak bertanya,apakah perkara penting yg perlu ada pd seorg” Dealer”tq.

  4. shufaad says:

    Salam. En Hishammudin. Dari segi kewangan, seorang itu memerlukan modal RM20K sebelum boleh bergelar dealer. Apabila telah menjadi dealer, latihan akan di berikan semasa di New Dealer Orientation yang akan di berikan oleh staf Public Gold ATAU boleh terus belajar dengan introducer atau orang yang memperkenalkan bisnes emas ini kepada en hisham. contohnya saya :)

  5. Zaiem Ibrahim says:

    Salam En Shufaad..Insya Allah dalam minggu depan, kami akan menjadi dealer PG. Cuma nak pilih masuk bawah sape nie, En Syukor macam busy je selalu hehe

    Persoalan saya. Nie dari sorang Master Dealer, dia cakap cuma rantai i-series sahaja yang boleh dipajakkan..Produk PG yang lain macam dinar n gold bar xbleh dipajakkan sebab polisi bank. Sebab memang pon plan klau dah beli emas2 tu memang nak pajakkan kan? Tapi kalau betol xbleh kene beli rantai je la semua modal tu..

  6. Andi says:

    Dengan modal sebyk RM20K tu, dapat berapa gram emas utk dijual semula?

  7. shufaad says:

    Salam. En Zaeim.
    1. Untuk Agrobank dan Bank Rakyat, memang hanya I series saja yang boleh pajak. Tapi kalau nk jalan2, gold bar PG di terima di Bank Islam, cawangan Kota Bahru la. Heheh. Kalau En Zaeim sabar sikit, insyallah dalam tahun ni Agrobank akan bukak semula gadaian untuk gold bar PG. Insyallah :) .
    2. Kita ni pajak bila ada keperluan saja En Zaeim. Bukan lah tujuan utama membeli emas tu untuk di pajakkan, tetapi lebih kepada yang pertama simpanan, dan yang kedua untuk perniagaan. Sebab, kalau beli dah terus pajak nanti kalau ada apa-apahal susah pulak. Mana tau kete rosak ke, nak pakai duit nak beli tanah ke, atau ada emergency lain ke, at least kalau ada emas kat tangan, boleh lah kita pajakkan sementara untuk pakai duit segera. Tapi kalau semua dah dok dalam camne? Haru gak tu.. :)
    3. Pasal nak jadik dealer bawah sape tu terpulanglah pada empunya badan. Syukor is the best in the business. Dealer-dealer lain pon ada jugak yang bagus2. :)

  8. shufaad says:

    Andi. Saya bagi satu contoh. Jika andi membeli gold bar 100 g sekarang, harganya ialah RM18,397. So tak cukup RM20k kan? Nak bagi cukup tambah lagi gold bar 10 g, harganya RM1874. So total ialah RM20271. So berat emas keseluruhan ialah 110 gram. Kalau harga emas turun banyak, lagi banyak la gram emas yang andi dapat. ok? :)

  9. halim shareff says:

    Biasa bila beli org simpan kat mana?
    Nak beli emas dari org biasa mcm mana nk kira?

  10. shufaad says:

    Kalau sikit simpan di rumah. kalau bnyak, simpan di safe deposit box. Utk beli emas Public Gold (PG), boleh refer terus ke dealer atau agen PG. Harga dah publish di laman web http://www.publicgold.com.my. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>