Bulan Garisan Permulaan

Bukit Katil, Melaka – Salam kepada para pembaca sekalian! Di harapkan anda semua sudah bersedia untuk mengharungi satu lagi tahun yang panjang….Ok sebenarnya tak la panjang sangat. Pejam celik, pejam celik dah habis tahun 2011. Anda perasan tak?

Masa kita sekolah dulu, cikgu2 akan bagitahu kita yang dalam setahun ada 365 hari tapi cikgu tak bagitahu yang sebenarnya kat Malaysia ada banyak cuti! Jadi bila dah ada banyak cuti ni, nak pick up momentum keje tu kadang-kadang ada slow skit. Terutamanya bagi mereka yang masih lagi makan gaji, sama ada gomen atau pun swasta, masa hujung tahun haritu confirm ramai yang pakat habiskan cuti kan tahunan. Masuk tahun baru jek blur…;) Don’t wori, saya bercakap atas pengalaman saya sendiri. 6 tahun di gomen, 3 tahun di swasta.

Bulan Januari ni pada saya ialah bulan permulaan. Maksudnya apa yang anda lakukan di dalam bulan ini biasanya akan mempunyai momentum untuk sepanjang tahun. Jikalau ianya positif, terus kan. Kalau tak berapa nak positif tu, dah boleh campakkan dalam longkang.

Macam jugak kalau kita masuk lari 100 meter. Bulan Januari ni maksudnya kita kat starting grid lah. On your mark, get set, GO! kita pun larilah laju2! Kalau nak menang lah… Tapi kalau rasanya nak bagi orang lain menang (atau rasa memang tak larat dah nak lari), buat-buat la jatuh, pengsan ke, haaaa baru gempak sikit! Hehe.

OK apa kata saya mengambil diri saya sebagai contoh. Setakat hari ini, apa yang telah saya lakukan untuk memajukan diri dan bisnes saya di dalam bulan Januari ialah:

  • Saya telah menghadiri Seminar Asas Penomboran untuk Halatuju Bisnes dan Kerjaya yang di adakan di Johor Bahru. Speaker nya sudah tentulah Cikgu Eddy Rosyadi himself. Anda boleh layari website beliau di sini. Banyak perkara menarik yang kita boleh belajar.
  • Saya telah membeli Candlestick Patterns: Quick Reference Card dari laman web Pattern Traders Tools dan saya dapati ianya sangat-sangat berbaloi. Tools hebat ini adalah hasil usaha the Trading Den Conrad Alvin Lim.
  • Saya juga telah membeli sebijik server untuk di jadikan sebagai trading server saya. Boleh je guna CPU tapi di sebabkan saya nak ianya robust dan tahan lasak, saya rasa server lebih sesuai.
  • Koleksi buku saya juga dah bertambah. Akhirnya saya berjaya membeli buku The Secret! Dah banyak tahun saya cuba untuk membeli buku tersebut, tapi tak tau kenapa asyik tak dapat je. Tapi semalam Alhamdulillah lah. Selain dari itu,saya juga membeli buku bertajuk Brand Mastery oleh Ken Chee dan Adam Wong.
The Secret...the buku..
  • Saya juga telah berjaya merangka Money Map saya yang baru. Best sebab saya suka kaler ijau :) .
Money Map Saya
  • Dan yang terakhir skali saya berjaya memadatkan meja dan dinding saya dengan info-info yang sangat berguna dan positif untuk saya breath and trade. Hehe.
Trading Desk dan Server

Itu saya. Anda pula bagaimana? Saya berharap agar anda telah merancang untuk sukses di dalam segala bidang yang telah dan ingin anda ceburi. Semoga tahun 2012 lebih cemerlang untuk kita semua!

Shufaad.

p/s: Mulai dari hari ini juga, saya akan memasukkan inspirational quotes yang saya ambil dari buku The Secret untuk saya share dengan anda semua. OK? ;)

__________________________________________________________________________

Inspirational Quote

“We can have whatever it is that we choose. I don’t care how big it is. What kind of a house do you want to live in? Do you want to be a millionaire? What kind of business do you want to have? Do you want more success? What do YOU really want?”

- John Assaraf, Entrepreneur and Moneymaking Expert.

__________________________________________________________________________

 

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Buku Yang Saya Baca, Pandangan Saya and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Bulan Garisan Permulaan

  1. haruhie23 says:

    hahaha…ok…noted..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>