Cerita Orang Kurang Upaya

Minggu lepas memang sangat pack. Saya dan Shidi ada training Android Development di Petaling Jaya. 5 hari kami ulang alik dari Melaka ke sana. Masyaallah…penat tapi demi ilmu ke Negara China pun saya sanggup pergi.

Di dalam kelas yang ada 25 orang tu, hanya 4 orang sahaja orang Melayu. Yang lain semua bangsa asing. Melihat kepada senario ini, saya menganggap kehadiran saya ke kelas ini adalah sebagai usaha untuk memajukan bangsa dan agama saya sendiri di dalam bidang teknologi dan juga ekonomi. Semoga Allah memberkati kehadiran kami ke training tempoh hari. Insyaallah.

Saya harus memuji langkah kerajaan melalui agensi-agensi nya yang membela nasib Orang Kurang Upaya (OKU). Golongan ini walaupun dengan serba kekurangan masih mendapat tempat di sektor-sektor kerajaan. Ada yang lumpuh kaki, ada yang mengalami kecacatan penglihatan, dan macam-macam lagi. Sekarang saya lihat sudah semakin ramai golongan ini yang di tempatkan di jabatan-jabatan kerajaan seluruh negara.

Bagus tu. Saya berulang kali menyatakan bahawa sekiranya kita meletakkan sesuatu di tempat yang betul, nescaya akan membuahkan hasil yang lumayan. Kalau salah, zalim namanya. Kalau ada orang betul-betul nak kerja, bagi lah peluang. Tak kiralah OKU atau pun tak. Jangan lah kecacatan ini di jadikan alasan untuk menolak permohonan kerja mereka. Mana tau mereka bolah melakukan kerja lebih baik dari yang tak cacat? tak mustahil kan?

Seingat saya, sebelum saya melihat mana-mana jabatan kerajaan melaksanakan pendekatan ini, McDonald telah pun memulakannya sebagai salah satu langkah Corporate Social Responsibility mereka. Kalau anda perhatikan, golongan OKU ini di letakkan di bahagian depan, atau di pintu masuk untuk menyambut pengunjung yang datang. Efektif dan mencapai matlamat. Yang pertama, greet pengunjung yang datang dengan senyuman, tak kira bangsa dan agama, dan keadaan fizikal. Yang kedua, imej McDonald sebagai satu syarikat yang adil dan tidak double standard menjadi semakin kukuh. Strategi yang bagus.

Ada orang pernah cakap kat saya, kalau ada McDonald bukak kat mana-mana negara, Israel dan Amerika tak akan serang negara tu. Betul ke?

Ada jugak sesetengah kerja yang saya perhatikan kalau di letakkan OKU pun ok. Contohnya kerja bagi tiket tol di highway. Kemahiran asas, bagi tiket tol dan senyum. Maaf ye, ni cuma pendapat peribadi saya. Saya harap tiada yang tersinggung. Apa yang saya cuba katakan ialah sumber manusia yang ada sekarang sepatutnya boleh di bangunkan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Mereka nampak sihat dan bertenaga. Saya yakin jika mereka ditempatkan di unit lain, mereka akan dapat memberikan sesuatu yang jauh lebih bagus.

Kat shopping complex pun sama. Bahagian cashier tu pun boleh di tempatkan OKU. Kemahiran asas hanyalah mengira dan senyum, jadi saya rasa OKU ni kalau di latih betul-betul insyaallah takde masalah. Betul tak?

Operator telefon pun boleh jugak. Kemahiran asas hanyalah bercakap. Kebanyakannya dah ada skrip. jadi takde masalah. Sekali lagi, latihan atau training sangat penting. Bonus kalau suara sedap. Extra bonus ialah budi bahasa. Yang ni tak leh ajar. hehe.

Kisah usahawan OKU

Cerita 1

Saya ada tengok TV aritu berkenaan seorang OKU yang menjadi peraih buah-buahan. Siap ada lori lagi! Tugas beliau ialah mengumpulkan hasil buah-buahan orang kampung untuk di hantar ke pasar FAMA. Yang hantar buah kat pakcik ni bukan OKU. Hanya pakcik ni je OKU. Semua hasil masuk dalam bakul, timbang, pastu letak dalam lori. Pakcik tu cakap untung tak banyak tapi dia cuma nak tolong orang Melayu kita untuk pasarkan hasil buah-buahan. Gigih betul saya tengok dia. Terfikir jugak, siapa yang patut tolong siapa ni?

Cerita 2

Ada seorang OKU ni saya perhatikan berkeliaran di bandar Melaka. Tugas beliau, setiap kali kereta berenti, beliau akan meminta rokok. Beliau akan berdiri di tengah-tengah jalan, di atas garisan putih. Beliau akan start kerja dari jam 6.30 pagi sehinggalah lewat petang. Banyak juga yang dapat. Ye lah, kalau mintak duit, belum tentu orang bagi kan? Tapi kalau mintak rokok rasanya boleh dapat. Nak-nak kalau ada isteri yang tak suka suami dia merokok. mau die bagi satu kotak tu! hehe.

Tapi yang herannya, saya tak pernah lak tengok dia ni merokok.Selalunya bila dah dapat rokok, beliau akan terus simpan dalam kocek baju. Sehinggalah satu hari tu saya bertanyakan kepada kawan saya.

“Aku tengok uncle ni tak hisap rokok, tapi mintak rokok. Apa dia buat?” tanya saya.

“Paat. Uncle ni dah lebih 10 tahun buat keja ni. Memang dia tak hisap rokok pun. Tapi semua rokok yang dia dapat tu, dia kumpul, pastu jual kat kedai belakang tu. Kedai tu jual rokok batang” kata kawan saya.

Hebat!

Cerita 3

Kisah usahawan OKU di bandar Melaka jugak. Brader ni ada kad OKU. Bila ada kad ni, dia boleh naik bas free ke mana-mana tempat pun. By the way, dia cacat kaki dan bertongkat. So setiap hari beliau akan naik bas ke Tong Hup, Family Store dan mana-mana gudang beli belah yang boleh bagi harga murah. Apa yang dia cari? Tisu. Ye, dia adalah penjual tisu. Dan yang bagusnya, kalau tanya kat dia tisu mana yang murah, dia boleh bagitau jenama tisu, kos dan kat mana jual. Cool……

Satu hari, ada la sekumpulan pegawai kerajaan sedang makan. Kebetulan brader ni pun nampak dan dia pun terus ke meja mereka.

“Nak tisu? 2 singgit” katanya.

“Tak payahlah. Aku dah bawak tisu dari rumah” kata seorang dari mereka sambil ketawa. Seorang lagi mencelah,

“Eh apsal ko tak duk rumah je? Ko tak penat ke?” katanya.

“Aku ni tak keja kerajaan. Aku takde pencen macam korang. Tapi aku ni USAHAWAN”.

………..^ ^

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cerita Orang Kurang Upaya

  1. ijamidayu says:

    Hehehehehehe.. medalama penutup Cerita.. Tapi releted with 1st line of story
    ? Owh!!! Ko nie paat..

  2. shufaad says:

    heheh….berdasarkan pemerhatian bro…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>