Inspirasi dari Filem

Salam.

Salah satu kegemaran saya bagi mengisi waktu lapang ialah dengan menonton wayang. Kalau tak sempat tengok wayang, biasanya saya akan beli CD dan tengok cerita-cerita lama yang saya teringin nak tengok tapi tak sempat dulu. Termasuklah cerita hantu. Tapi semenjak di nasihatkan oleh Bos Louis Ng supaya tidak menonton filem dengan genre sebegitu, terus saya bertekad untuk tidak menontonnya lagi. Alasannya mudah, otak kita perlu di suapkan dengan benda-benda yang positif sahaja. Tak boleh la baru sekejap baca buku motivasi, pastu tengok cerita hantu. Satu positif, satu negatif. So memang tak kena.

Bagi mereka yang mempunyai masa lapang, dan tak mau membuang masa beratur membeli tiket untuk menonton wayang, apa kata anda semua cuba tonton filem-filem yang saya senarai kan ni. Secara general nya, filem-filem ini mempunyai satu persamaan yang ketara; kesemua filem ini mempunyai unsur-unsur entrepreneurship atau keusahawanan. So, apa kata kita tengok senarai tersebut:

Pursuit of Happyness

Cerita feveret saya sepanjang zaman. Saya rasa dah lebih 10 kali saya tengok cerita ni. Ianya berdasarkan kisah benar bagaimana bapa/usahawan yang melalui pelbagai dugaan di dalam usahanya untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelakinya. Bab yang paling touching ialah masa anak beranak di tidur dalam toilet. Dan bab yang paling memberi inspirasi ialah masa kat court basketball tu. Gile best!

Rocky

Sape tak kenal Sylvester Stallone? He’s a living legend! Saya membesar dengan menonton kebanyakan cerita nya. Salam satu feveret saya ialah cerita ni. Tapi yang paling utamanya ialah kisah di sebalik cerita Rocky ni. Sebenarnya, Sly (nama manje dia) telah menulis skrip cerita ni dalam tempoh 24 jam terus menerus. Tapi oleh kerana dia langsung tak ada duit, dia terpaksa menjual sementara@memajak anjingnya merangkap kawan baik die dengan harga $50.

Dengan duit sebanyak itulah Sly hidup dengan cuba menjual skrip cerita Rocky. Tawaran pertama datang dengan nilai $100,000 tetapi dengan syarat dia tak boleh jadik pelakon. Sly tak nak sebab dia memasang impian untuk menjadi pelakon terkenal. Tawaran demi tawaran untuk membeli skrip Rocky terpaksa di tolak (ada tawaran mencecah $400K!) sehinggalah dia di tawarkan $25,000 untuk skrip dan juga sebagai pelakon. Sly bersetuju.

Dan benda pertama yang dia buat ialah tebus balik anjing nya dengan harga $15,000. Hahaa!

Wall Street

Terdapat 2 versi filem ini, yang pertama telah di bikin pada tahun 1987 dengan pelakon utamanya ialah Michael Douglas dan Charlie Sheen. Versi kedua atau remake telah di hasilkan pada tahun 2010 dengan di bintangi oleh Michael Douglas dan Shia LaBeouf. Kedua-dua version memang best. Di sesuaikan dengan keadaan stock market pada masa tersebut. Cerita ini memberikan satu makna kepada apa yang di maksudkan dengan Fear dan juga Greed sebagai seorang trader.

The Godfather

Salah satu filem terhebat sepanjang zaman. Di hasilkan pada tahun 1972 berdasarkan novel yang di tulis pada 1969. Cerita ni menang 3 anugerah utama pada Academy Awards dan di letakkan dalam senarai preservation di dalam United States National film Registry.

The Godfather berkisar tentang bagaimana perjalanan suatu family business yang kecil bertukar menjadi satu organisasi jenayah terbesar di New York. Memang best! Bravo Francis Ford Coppola! (mamat ni pengarah dia :) )

Catch Me if You Can

Selepas Titanic, saya rasa inilah filem terbaik lakonan Leonardo Di Caprio. Cerita ini berkisar tentang seorang budak sekolah menengah yang mempunyai kemahiran memalsukan cek dan berjaya menipu ramai orang dengan menjadi pilot, doktor, peguam dan jugak seorang profesor sejarah. Pergh! Memang dasyat. Bukanlah kemahiran menipu tu yang saya nak ketengah kan, tetapi lebih kepada semangat untuk hidup beliau dalam mengharungi stress yang lebih gila dari orang lain.

Memang berbaloi!

Selamat menonton!

Shufaad

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>