Kuantan, Pahang – Salam kepada para pembaca. Kereta dan saya memang tak dapat di pisahkan, macam irama dan lagu. Mungkin di sebabkan latar belakang keluarga saya, atau lebih tepat lagi abah yang memang seorang pomen. Masa abah kecik-kecik dulu, dia pernah la lari dari sekolah sebab nak keje kat bengkel motor. Lepas tu masa zaman dia muda, dia pernah jadik pomen untuk satu kelab racing kereta di Selangor. Saya juga pernah ingat satu masa dahulu, kalau tak silap semasa saya di Penang, saya pernah ikut abah test drive kete mini yang dia baru lepas repair. Gila laju abah bawak! Tapi saya tak takut, sebab seingat saya, sepanjang abah bawak tu saya gelak jee kuat2!
OK, ada 2 kemungkinan. Yang pertama, saya gila. Yang kedua, saya enjoy! Takkan saya nak pilih yang pertama pulak kan?? So saya rasa dari situ lah sudah wujud hubungan di antara saya dan kereta. Dalam erti kata lain, semasa budak-budak sebaya saya makan ayam goreng dengan kicap, saya makan minyak hitam jek. Tapi hidup jugak!
Pernah satu malam tu saya teman abah buat wiring sebijik kereta ni. Memang perangai abah macam tu, kalau bab nak buat wiring sure dia akan buat tengah malam lajak sampai pagi buta. Masa tu lebih tenang, lebih banyak sumber inspirasi. Maklumlah, wiring ni keje dia tersangat lah detailnya. Salah buat, mau tak start kete orang. Worst case, boleh terbakar! So malam tu saya pun teman lah abah…
“Bah, best ke jadik pomen ni?”
“Nak hidup boleh la” jawab abah sambil isap rokok gudang garam nya.
“Orang ingat nanti, dah besar nanti nak jadik pomen macam abah la. Macam best jek” kata saya.
Pantas je abah jawab “Ish tak yah lah..keje ni penat. Siang buat enjin, malam buat wiring lagi. Tak habis keje nya. Ko toksah le buat keje ni. Carik la keje lain. Jadik bos lagi best”.
Saya terkebil-kebil…..lepas tu saya cakap balik “Ok bah. Kalau camtu orang nak jadik tokey workshop boleh? Tokey kaya!” Abah senyum.
Hidup ini pada saya macam bawak keta gak. Pernah anda terpikir kenapa cermin depan keta tu besar? Ha..jawapan nya supaya semasa kita bawak keta tu pandangan kita luas. Kita boleh nampak jalan, simpang, ayam melintas, kucing, taik lembu, polis trafik dok bawah jembatan dan macam-macam lagi. Eh cermin belakang kecik ke? Luas jugak tetapi masa kita bawak keta takkan kita nak tengok cermin belakang. Sekali sekala jeling kat cermin tu boleh la..kalau asyik-asyik nak toleh belakang jek, mau ke longkang jawabnya!
Maksud saya di sini ialah ada banyak peluang, banyak pilihan, banyak keputusan yang kita kene buat dalam hidup. Dan semuanya ini kita akan hadapi kalau kita bergerak ke hadapan. Tak guna untuk kita tengok ke belakang dan mengeluh, menyesal atas apa yang telah berlaku. We cannot change the past, but we can, in our capacity to choose whatever we want in the future. Jikalau anda memilih untuk maju di dalam bisnes, jalan terus, nampak signboard Usahawan Hebat, masuk lah simpang tu. Jikalau anda memilih untuk menjadi Money Magnet, jalan depan sikit, sebelah kanan tu ada signboard I’m a Money Magnet, ha masuklah kat situ.
Yang penting kat sini ialah bila kita bergerak ke hadapan, kita akan ada banyak pilihan. Dan yang bestnya, pilihan ini adalah pilihan kita. Bukan orang lain yang pilihkan, tapi kita sendiri. Nak tengok cermin belakang? kalau kita dok lorong kiri, nak potong lori kat depan,tengok la jap cermin pandang belakang tu..kot-kot ada kete BMW tengah laju kat lorong kanan tu…kalau tak, tak perlu lah..tinggalkan lah segala kenangan, cerita lepas-lepas yang tak best tu kat belakang.
We are what we choose to be.
Bila bawak keta malam-malam gelita ni apa yang penting? Lampu depan betul? Kalau pasang halogen tu, terang betullah! Cian orang depan, silau…Tapi cuba anda bayangkan. Masa kita bawak keta time malam gelap gelita tu, dan kita nyalakan lampu depan, kita cuma nampak jalan yang diterangi oleh hanya lampu keta kita tu sahaja. Berapa jarak nya? 100 kaki? 200 kaki? Tak jauh kan. Ada ke lampu keta sampai 1 kilometer? Takkan nak drive bukak lampu tinggi. Marah orang depan wooooo…..Tapi dengan hanya jarak lampu yang kecil itu, kita pon drive…100 kaki, another 100 kaki,lagi 100 kaki, ada kornar, slow sikit, bawak lagi 100 kaki…akhirnya sampai la kita ke destinasi.
Moralnya ialah kita perlu lah mengambil one step at a time di dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan. Dalam contoh kita tadi, kene ada destinasi. Dalam hidup macam tu jugak. Kena ada dari point A ke point B. Ada starting grid,ada destinasi. Masalah akan timbul kalau kita bawak keta malam-malam, lampu depan terbakar. Ataupun, lampu ada ni, tapi destinasi takde! Alamatnya, habis minyak je laaaaa…
Jadi saya berpesan kepada para pembaca semua, untuk maju, untuk kaya dan berjaya, pandanglah hadapan. Pandanglah sejauh mana yang boleh anda pandang. Pada masa yang sama, tetapkan lah satu matlamat, satu destinasi supaya perjalanan hidup anda dan saya tak akan habis di tengah jalan. Saya yakin, di setiap destinasi yang kita pilih, pasti akan ada ganjaran dari Nya!

Shufaad
__________________________________________________________________________
Inspirational Quote.
“The simplest way for me to look at the law of attraction is if I think of myself as a magnet, and I know that a magnet will attract to it”
- John Assaraf
__________________________________________________________________________
hehehe…sumber inspirasi nie…terasa nak ada kete sebijik nie…