Salam. Ada beberapa kisah kejayaan usahawan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua. Cerita-cerita ini saya dengar dari sumber-sumber yang sahih dan boleh dipercayai.
Kisah 1
Seorang usahawan muda sentiasa mengamalkan 3 perkara di dalam kehidupan dan bisnes nya. Yang pertama, beliau sentiasa melakukan apa yang di suruh dan meninggalkan apa yang di larang di dalam Islam. Yang kedua, beliau sentiasa membasahi lidah dan hatinya dengan zikrullah. Dan yang ketiga, apa saja kemahuan ibunya, pasti akan di tunaikan walau di dalam keadaan susah macam mana pun.
Kini, usahawan ini mempunyai berpuluh-puluh cawangan kedai dan pendapatan tahunan nya mencecah RM100 juta.
Kisah 2
Beliau merupakan seorang yang tegas di dalam urusan bisnes. Walaupun begitu, beliau di sukai oleh pekerja nya kerana sifat nya yang adil dan bersedia mendengar pendapat orang bawahannya.
Rutin kerja nya setiap akan bermula dengan satu panggilan telefon. Ya, satu panggilan telefon ke ibunya. Setiap hari apabila sampai saja ke ofisnya, setiausahanya akan mendail kan nombor ibunya. Usahawan ini akan bercakap hampir benda yang sama seperti:
“Mak apa kabar?”, “Mak dah sarapan?” “OK lah mak, nak meeting ni. Doakan saya mak”. Ringkas tetapi bermakna.
Kini beliau merupakan salah seorang jutawan yang mempunyai pegangan di dalam beberapa syarikat korporat mega di Malaysia.
Nah, 2 kisah ini menunjukkan betapa pentingnya mak atau ibu atau mama di dalam kehidupan seharian kita. Tidak kiralah anda seorang usahawan atau bekerja dengan gomen atau swasta, mak ada segala-galanya dalam hidup kita. Namun berapa ramai dari kita yang menghargai insan bernama mak?
Saya senang menggunakan perkataan mak kerana saya memanggil mak saya dengan panggilan mak, bukan ibu atau mama. Walau pun di dalam bahasa surat, ibu itu kedengaran halus dan tulus, tapi saya masih lagi prefer mak kerana ia dekat dengan saya. Saya kira anda juga memanggil mak dengan nama mak, kan?
Semasa saya bekerja dahulu, saya terlampau sibuk sampaikan masa untuk bersama keluarga sangat-sangat kurang. Kadang-kadang hujung minggu pun terpaksa kerja. Penat masa weekdays tak habis lagi, dah kene keje weekend. memang satu penyeksaaan! Di sebabkan jadual kerja yang ketat, dan memenatkan ini, saya kadang-kadang lupa untuk bertanya kabar mak saya kat kampung. Nasib baik lah hampir setiap minggu saya balik kerana saya memegang jawatan driver mak saya untuk acara kendarat dan kenduri kahwin. Satu jawatan yang saya bangga untuk pegang sampai mati.
Namun saya lupa satu lagi benda. Saya lupa untuk minta mak saya mendoakan agar saya sentiasa sehat, di lindungi Allah, sentiasa bermotivasi untuk bekerja dan di murahkan rezki. Ye, saya lupa. Sepanjang saya makan gaji selama 9 tahun, takĀ pernah sekali pun saya mintak mak saya berdoa untuk saya. Alangkah jahilnya saya!
Mulut ini terasa berat untuk meminta. Minda ini tertutup dari berfikir akan betapa pentingnya doa seorang mak. Walaupun dah lama tahu, tapi buat-buat tak tahu. Inilah antara kejahilan paling besar saya sepanjang hidup.
Saya bersyukur kerana mak saya masih hidup. Saya masih sempat memintanya berdoa untuk saya walaupun usia saya sebagai seorang usahawan masih sangat muda. Saya teringat kata-kata mentor saya
“Untungnya jadi usahawan ni ialah kita semakin rapat dengan Allah. Dan yang terbaik ialah yang sentiasa meminta ibunya mendoakannya setiap hari”.
Sahabat ku sekalian, pernahkah anda meminta mak atau ibu anda mendoakan anda? Pernahkah? Atau anda pun sama macam saya, buat tak endah? Bagaimana dengan mereka yang telah kehilangan mak? Kepada siapa mereka ingin mengadu nasib dan meminta di doakan? Maha Suci Allah yang memberikan kita nikmat yang tidak terhitung banyaknya di bumi ini.
Saya berharap sahabat sekalian tidak menjadi sejahil saya. Apa kata anda ambil masa , at least 2 minit untuk telefon mak anda dan bertanya kabar. Gunakan lah skrip yang saya dah bagi kat atas tadi. Gunakanlah. saya tak akan cas apa-apa. Hubungi mereka kerana mereka memang menunggu panggilan dari saya dan anda. Berbuat baiklah kepada kedua orang tua kita selagi ada hayat mereka.
“Ya Allah Ya Tuhanku, peliharalah kedua ibu bapaku sebagaimana mereka memelihara aku sewaktu kecil”
Mak nak pergi Sabah
Hari Ahad yang lepas, mak saya cakap dia nak pergi Sabah. Saya pernah pergi ke Sabah sekali saja. Insyaallah akan saya tunaikan permintaan mak. Saya akan usahakan apa sahaja untuk pastikan mak naik kapal terbang pergi Sabah. (dan balik la…jangan pergi je! :p).
Mak doakan saya.
Sekarang saya selalu minta mak saya doakan saya. Saya minta agar mak doakan saya murah rezki dan mati di dalam Islam. Sesungguhnya saya takut sekiranya kehidupan saya ini berakhir dengan kekufuran saya kepada Allah.
Mak doakan saya. Itulah sekuat-kuat benteng untuk saya sebagai seorang usahawan.
Mak saya cakap “Aku memang selalu doakan kau”.
mak iti!!!!!!!!!!
doakan kite jugakkkk :pp
dlm mksud entry nye..
sayang makkkkkkkkk makkkk E.M.A.K^^
p/s : i’m proud to hav u as my brother in law
ehehhe…adik iparku ni…..da balik umah la ni..:p
Satu nartikel dan nasihat yang baik untuk sama-sama dibuat ingatan..inilah yang saya selalu lakukan…tapi tak jugak tiap-tiap hari…tapi alhamdulillah…..sebenarnya ada perubahan….tq
bagus tu ada perubahan. biar sedikit, yg penting konsisten. tq!
Supaya ia menjadi pemangkin utk aku terus berjaya dan berkarya…
Thanks bro.. Akan ku amalkan selalu.. Supaya terus berjaya dan KAYA….