Perihal Kad Gores dan Menang

Anda tentu pernah mendengar perihal gores dan menang. Saya yakin. Tetapi saya juga yakin yang anda maksudkan ialah berkaitan dengan aktiviti scam gores dan menang. Saya pun ada pengalaman dengan aktiviti scam tu. Tapi sebenarnya bukan itu yang saya maksudkan.

Kad gores dan menang yang saya nak cakap ialah sebenarnya Kad Kredit. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Kad kredit. Ada sesetengah orang fobia dengan kad kredit. Dulu saya pun macam tu sampaikan terpaksa buat personal loan kat bank untuk tutup hutang kad kredit. ishh..what was I thinking…

Tapi itu dulu. Sebelum itu, kenapa saya panggil gores dan menang? Sebabnya, anda gores, anda dapat minyak. Kalau selera besar sikit anda dapat sofa, atau kalau lagi besar boleh buat downpayment kete. Best tu.Jadi kalau best apa masalahnya dengan kredit kad? Kenapa sampai ramai eksekutif muda yang kena blacklist pasal kad kredit? Adakah betul kad kredit lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan? kalau benar, kenapa masih ramai yang gunakan dan tak kena blacklist pun?

Jawapannya ialah the thinking behind the usage of the card. Maksudnya, bagaimana anda menggunakan kad itu sebenarnya yang menjadi isu, sama ada baik atau buruk. Masa saya bekerja di Ipoh dahulu, saya mempunyai 2 kad kredit. Kemudian apabila saya berpindah ke Melaka, dan hutang kad kredit bertimbun, saya pun menutup hutang tersebut dengan membuat hutang baru. Ye, gali lubang tutup lubang.

Masalah bermula bukan apabila saya mendapatkan kad kredit, tetapi apabila saya berfikir macam mana dan ke mana arah saya nak gunakan kad kredit tersebut. Dan apabila fikiran tidak matang dan tidak dapat membezakan antara keperluan dan kehendak, maka berlakulah lebihan dalam perbelanjaan yang mana akan mengakibatkan saya mengambil langkah segera mengenakannya pada kad kredit yang saya ada. Tindakan yang kurang bijak.

Sebelum saya berhenti kerja, seorang sahabat saya ada menasihatkan saya supaya mengambil kad kredit.Ini kerana lagi mudah untuk mendapatkan kad kredit semasa kita bekerja (terutama dengan kerajaan). Oleh kerana masih fobia, saya tidak bersetuju dengannya. Ternyata saya silap.

Kad kredit merupakan salah satu tools yang penting bagi seorang usahawan. Penggunaan kad kredit dengan berhemah akan dapat membantu usahawan untuk mengurangkan aliran keluar tunai. Ini kerana, kebanyakan kad kredit akan membenarkan usahawan memiliki kredit sehingga 30 hari. Jadi 30 hari tanpa perlu mengeluarkan duit. Duit yang sedia ada, boleh digunakan untuk rolling bisnes anda kembali. So anda tak perlulah keluarkan sekian-sekian amaun duit pada masa tu juga. Betul tak?

Bagi usahawan yang baru nak meniaga, nak dapat kredit dari vendor atau distributor memang susah. Term yang biasa, Cash On Delivery. Ada duit, ada barang. Takde duit dok diam-diam. Nah di sinilah gunanya kad kredit. Ianya umpama modal awal kepada bisnes anda. Gores, dapat server. Gores, dapat tshirt. Gores, dapat laptop. Senang kan?

Jadi sedikit tips dari saya berkaitan kad kredit ni:

  1. Anda kena pandai membezakan antara keperluan dan kehendak.
  2. Kalau ada 2 kad kredit, asingkan. 1 untuk bisnes, 1 lagi untuk personal.
  3. Gunakan kad kredit sebagai modal awal. Ingat, yang anda anda 30 hari sebelum caj merepek-merepek di kenakan kepada anda. So, kalau ada duit, rolling dulu. kalau dah dapat payment, bayar penuh. Jangan bayar minimum lak!
  4. Kad kredit umpama pisau. Kalau salah guna boleh bunuh orang. Kalau salah guna kad kredit, boleh terbunuh kita dibuatnya. Sentiasa beringat. Lantiklah isteri atau partner anda sebagai tukang mengingatkan anda. It works!
  5. Kalau ada duit lebih, top up lah kad kredit anda dengan duit. Jadi kan lah ianya macam debit kad. kalau ada duit, baru guna. lagi banyak anda top up, lagi sayang bank kat anda.
  6. Jika ada kemudahan waive untuk yearly fees, gunakanlah. Kalau bank bagi setahun waive, minta lagi untuk tahun berikutnya. Bank mesti ikutnya, provided anda bayar cantik lah. Mintak, jangan tak mintak!

OK, rasa nya itu lah serba sedikit yang boleh saya kongsikan. Di harapkan ianya akan dapat membantu anda di dalam menjadi seorang usahawan yang money concious. Ingat, debt is good. It’s what behind the thinking that matters.

Salam!


About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya, Usahawan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>