Sebelum saya jadi usahawan lagi, sudah banyak kisah jatuh bangun usahawan yang saya dengar. Saya perlu mengambil tahu kisah-kisah ini sebagai iktibar ataupun pengajaran apabila saya menjadi usahawan. Namun begitu, saya juga perlu faham yang walau sebanyak mana buku, kitab, cerita dalam surat kabar yang saya baca, satu hari nanti saya mungkin, mungkin akan di tipu atau terlibat dalau satu projek yang berkemungkinan akan gagal.
Analogi nya macam kita bawak payung dalam kete. Tak ujan pun kita bawak jugak.Bila hujan kelam kabut cari payung. Bukak-bukak bocor. hehe..Maksudnya, kita mestilah sentiasa standby dalam apa jua keadaan. Kemungkinan rugi itu ada, tetapi dengan ilmu kita akan dapat meminimakan kerugian tersebut. Dan kalau lagi hebat, kita mungkin akan dapat mengenalpasti sama ada sesuatu perniagaan itu berpotensi untuk maju atau berpotensi untuk gagal. Hebatnya usahawan yang berilmu!
Jadi hari ni saya nak bercerita pada anda tentang satu kisah usahawan yang mempunyai impian menggunung, mempunyai networking yang bagus, mempunyai modal yang ok, tetapi tidak mempunyai ilmu perniagaan yang kukuh. Saya berharap kisah ini akan di jadikan kepada usahawan yang baru dan mungkin juga yang lama.
Begini ceritanya……..
Pada suatu hari, N, seorang usahawan muda yang baru mengenal erti bisnes telah di tawarkan satu projek advertisement di salah sebuah lapangan terbang baru di Malaysia. Berdasarkan kepada perbincangan dengan pemberi projek tersebut, goldmine di janjikan. Nah, sudah tentu bagi usahawan muda seperti N, goldmine beginilah yang sentiasa di cari.
“Dalam satu tahun, paling kurang boleh buat 1 juta” kata pemberi projek tersebut.
Now, pemberi projek tersebut bukannya orang lain dengan N, tetapi merupakan bapak saudara wife N. Kira bapak saudara N jugak la kan? Dan oleh kerana hubungan yang rapat ini, di samping dia yakin yang bapak saudaranya akan balik raya rumah nenek mereka setiap tahun, N bersetuju untuk MELEBUR, eh yang ni belum lagi, MELABUR di dalam projek tersebut. Bapak saudaranya juga telah memberi sepenuh keyakinan kepada N bahawa projek ini akan berjaya kerana beliau mempunyai contact yang hebat dan beliau akan membantu N untuk bersama-sama menjayakan projek hebat ini. Wah!
N bukan keseorangan. Oleh kerana N mempunyai networking yang bagus, N telah berjaya membawa masuk sahabat baik beliau untuk turut serta di dalam projek ini iaitu M. Setelah membayar apa yang di kira sebagai deposit iaitu kira-kira Rm30,000, mereka terus memulakan langkah untuk bergelar jutawan advertisement.
Dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan lapangan terbang tersebut masih lagi sepi dengan pengunjung. Awal-awalnya dulu, ada masalah dengan landasan. Bila masalah dah selesai, ada cerita pasal take over pulak. Kemudian Air Asia dan Fire Flyz pulak tak nak turun pulak. Masyaallah! Banyak betul dugaan!
Di dalam industri advertisement atau pengiklanan, ciri-ciri penting untuk menarik advertiser untuk mengiklan kan produk dan servis mereka di situ adalah berdasarkan eyeballs. Ye, di tukar ke bahasa melayu, bijik mata. Maknanya, satu kajian harus dilakukan berkaitan dengan:
- Bilangan penumpang pada satu-satu masa.
- Bilangan laluan kapal terbang
- Destinasi kapal terbang tersebut, sama ada domestik atau luar negara.
- Lokasi iklan tersebut, sama ada di pintu masuk, ketibaan, balai berlepas, kaunter, troli dan sebagainya.
- dan lain-lain yang di fikirkan berpotensi
oleh kerana lapangan terbang tersebut masih baru, jadi anda boleh jangkakan kesemua criteria yang saya gariskan kat atas gagal di penuhi.
Anda perlu maklum bahawa N perlu membayar Rm30K kepada bapak saudaranya setiap bulan dan ini merupakan satu beban yang amat. N sentiasa mengupdate bapak saudaranya berkaitan hal tersebut, hal ketiadaan advertiser untuk mengiklankan produk mereka di situ kerana masalah tiada eyeballs. Dan seperti biasa, bapak saudaranya berjanji akan menolong.
Pada masa yang sama juga, bapak saudara N ada menawarkan projek advertisement untuk billboard di negeri Bawah Bayu. Nun…jauh di sana. Ideanya ialah dengan mengambil 2 billboard, keuntungan dari nya akan dapat menampung kos operasi di lapangan terbang yang baru ini. So sementara nak tunggu eyeballs, transferkan modal ke billboard yang dah memang ada ready client, yang bersedia untuk bayar lumpsum one year. Setel! Logik? Sekali dengar memang sangat logik, then again modal untuk satu tapak billboard tersebut ialah RM30,000. Kalau dua? RM60K..
Di pendekkan cerita, setelah lebih setahun, projek di lapangan terbang masih belum menjana satu sen pun manakala projek billboard di negeri di bawah bayu masih belum bermula pun. Apabila N menelefon bapak saudaranya untuk bertanyakan perkara tersebut, bapak saudaranya meminta agar beliau bersabar kerana semua urusan akan setel pertengahan tahun. Bila dah sampai pertengahan tahun, bapak saudaranya cakap hujung tahun, dan seterusnya anda pun fahan….
Jadi dengan rasa bodoh, malu dan tertekan, N pun hubungi lah bapak saudaranya buat kali terakhir.
“Pakcik. Saya boleh terima kerugian di lapangan terbang baru. Ini kerana kebodohan saya di dalam bisnes. Tapi duit yang kat Negeri Bawah Bayu tu tolong lah pulangkan balik. Ada RM1++K lebih tu.” beliau merayu.
“Eh ko cuba cek dengan makcik ko. Dia ada invois nak bagi tu”
Ha? Invois? Oh ye, bila bukak saja email baru N nampak rupa-rupanya beliau telah menerima satu invois kerana tak mampu nak bayar sewa lapangan terbang baru tersebut berjumlah Rm1++K! Wah ini baru di namakan kontra!!!
………………………………………
Ok cerita tu saya dah pendekkan sebenarnya. Kalau nak tulis kat sini memang panjang berjela. Tapi lesson learned nya ialah:
- Walaupun yang memberi projek atau job itu ialah saudara rapat kita, kita haruslah mengikut semua prosedur yang telah di tetapkan. Maksudnya, kena la semak genuine ke tak job ni, viable ke tak, boleh buat duit ke tak, dan sebagainya.
- Nak buat bisnes ini macam pakai baju jugak. Kena ukur badan sendiri. Kalau rasa tak cukup modal, tak cukup kuat, susah.
- Buatlah bisnes berdasarkan kepakaran atau minat anda, at least untuk permulaan. Dah maju sikit, baru lah try untuk venture other business.
Namun begitu sahabat, rugi yang paling besar yang ingin saya ketengahkan ialah selepas kejadian tersebut. Sekarang ni N dan M telah rugi beratus ribu ringgit, tapi N lagi malang kerana beliau terpaksa mengadap bapak saudaranya itu setiap kali raya. Nak marah? Nak maki? Nak canang satu kampung? Nak saman?
N sangat marah sehingga beliau berazam TAK AKAN MAAF kan bapak saudaranya (dan mak saudaranya) atas hal tersebut. Itu lah sebenarnya RUGI YANG PALING BESAR!!!
Apabila hati kita penuh dengan dendam dan sakit hati, ini bermakna syaitan telah berjaya memecah belahkan umat manusia. Bukankah itu memang kerja syaitan? Dan yang paling utama ialah apabila hati kita penuh dengan DENDAM, PINTU REZKI KITA AKAN TERTUTUP. Subhanallah!!! Maha suci Allah pemberi rezki!
Kesimpulannya sahabat, jikalau sebesar manapun kerugian kita, yakinlah bahawa Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Yakinlah! Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu yang tak mampu kita tanggung. Bukankah Allah itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG? Yakinlah!
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada anda, maafkan lah semua yang telah melakukan dosa kepada anda sama ada secara sengaja atau tidak. Janganlah kita menyimpan rasa dendam terhadap mereka yang akan rugi besar bukan mereka, tapi kita.
Amalkan lah doa ini setiap hari:
“Ya Allah, berikan lah aku kekuatan dalam menghadapi semua cabaran dan dugaan dari mu. Ya Allah, sesungguhnya ku telah mengampunkan mereka yang berdosa kepada ku Ya Allah, oleh yang demikian aku memohon agar kau ampunkan juga dosa mereka kepada mu Ya Allah. Semoga mereka beroleh petunjuk dan hidayah Mu” Amin.
Aminnnnn………..
Amin!!!
macam tau jer kisah saper nie…
macam pernah dengar cerita ini. tapi di mana ya.
cerita yg bagus. Boleh buat iktibar.
cerita rakyat kawa….untuk masyarakat marhain….heheh
kisah rakyat….memang biasa kita dengar tapi tak ramai yang jadikan iktibar.
terima kasih. Mintak tolong sampaikan kepada sahabat yang lain.
Owh…..
Kisah golongan marhain yg kurang ILMU.. ILMU adalah perkara penting utk kita pelajari.. Setiap kali doa solat jumaat… Perhatikan.. Limpah kurniakanlah KEKAYAAN ILMU BERMANFAAT utk kami…
Owh.. Semoga ALLAH sentiasa memberi hidayah dan petunjuk utk kita semua!!!!! AMIN!!!! Ya ALLAH… Amat syukur.. Setiap kali ku mula terhalang.. Ku mendapat petunjuk dan hidayahmu.. Ya ALLAH.. SYUKUR!!!!!!