Salam para pembaca budiman.
Rumah Kongsi
Anda pernah masuk ke rumah kongsi? Bagi yang belum pernah, rumah kongsi ni takde bilik. Dia memanjang, itu lah ruang tamu, itulah bilik. Tandas kat luar. Kongsi jugak lah. Biasanya rumah kongsi ni banyak kita boleh tengok di tapak-tapak pembinaan. Kat taman perumahan area rumah saya pun banyak. Karen (elektrik) siap, air pun siap. Siapa yang bayar? Wallahualam…..
Yang menghuni rumah kongsi ni pulak kebanyakannya warga asing, majoritinya Indonesia. Untung dieorang sebab dapat buat duit di tanah air kita. Kalau kat tempat asal dieorang, belum tentu dapat macam ni. Sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih lagi rasional. Kalau tak dah lama kita buat Sweeping Indonesian.
Pengalaman saya berkerja dengan warga Indon di tapak pembinaan ni adalah kira-kira 13 tahun yang lepas. Masa tu saya tengah cuti semester. Melalui seorang kawan, saya pun dapat kerja sementara di tapak pembinaan Bank Pembangunan kat area KL. Keje saya senang je. Jaga lif, sapu sampah, tolong angkat batu batu. Gaji saya sehari, RM40. Untuk budak part time macam saya ni kira banyak la tu. Tak pernah saya amik cuti selama 2 bulan saya keje kat sana. Setiap hari saya pulun keje.
Sempat jugak saya berkenalan dengan beberapa rakan sekerja saya dari Indonesia. Yang sorang pakcik ni, saya tak tau umur die berapa, masuk Malaysia secara haram. Naik tongkang. Maksudnya keje ni pun haran la. Takde permit. Keja dia naik batu. Naik batu tu maksudnya buat dinding dengan batu batu lah, siap simen sekali. Gaji dia pada hari biasa RM80. Kalau OT atau weekend dah kira lain. Boleh cecah sampai RM120 sehari. Banyak tu…….Makan pun berjimat. Dia bawak bekal dari rumah. Duduk pun rumah kongsi kat area Puchong. Maksudnya takde sewa umah.Yang bagusnya, pakcik tu pesan supaya saya belajar sungguh-sungguh. Jangan jadik macam dia. Hidup susah sampai kene merantau kat negeri orang.Sempat jugak lah die cerita kat saya pasal kampung halaman dia. Saya pun dah tak ingat kat area mana.
“Sebenarnya pakcik ni bukannya pernah keje kontrak macam ni kat kampung dulu. Tapi bila taukeh tanya, BOLEH BUAT?, pakcik pun cakap BOLEH. Bila taukeh tanya BOLEH BUAT APA? Pakcik jawab, SEMUA BOLEH. Last-last taukeh suh naik batu dengan simen. Ok la tu, sikit-sikit pakcik belajar. lama-lama terer la”. —> ayat ni saya dah melayu malaysia kan. Sepatutnya berbunyik ala-ala sinetron
Kagum jugak saya dengan pakcik sorang ni. Gigih sungguh mencari rezki walaupun dia sedar risiko kene tangkap sebab takde permit. Tapi kerajaan Malaysia kan baik…port untuk pendatang haram nak kena hantar balik pun cantik..katil, tilam, semua siap. Maklumlah, dunia dok tengok kita. Nanti ada orang report kat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, susah lak kita. Kata kita zalim, tak berperikemanusiaan, macam-macam lagi lah…Cuba kat Indon, kat Thailand ke…dapat macam ni?Janganlah seperti peribahasa Melayu, kera kat hutan kita bagi susu, anak kat rumah, mati kelaparan. ish..
Bulan lepas saya lalu kat area Puchong. Sesak, dan sarat saya rasa. Maju betul kawasan tu. On the way saya nak balik ke Melaka, saya ikut jalan Sungai Besi lama (rasanya jalan tu). Tetiba saya lalu satu area kampung ni..nama dia Kampung Melayu Raya. Em…macam familiar..Melayu Raya ni kan ada dalam sejarah kita? Macam mana tetiba boleh ada kampung lak kat sini? Yang lagi herannya, bukan rumah kongsi lagi. Dah jadik RUMAH BATU 2 TINGKAT! Untungnyaaaaaa….
Kongsi Dinding
Kat Melaka ni, berebut-rebut taukeh-taukeh buat taman perumahan. Kadang-kadang tu, tanah sekangkang kera, ada la dapat dalam 2 baris rumah, pun boleh jadik taman. Kawan saya yang keje kat IWK pun bengang. Ye la sebab keje dia jaga loji. 1 Taman 1 Loji. Tu la moto dieorgang.
Rasanya, bilangan rumah kat Melaka ni dah lagi ramai dari bilangan orang. Rata-rata saya boleh tengok taman perumahan baru naik. Yang lama pun tak penuh lagi. Harga pulak, kalau saiznya 20′ x 65′, satu tingkat, boleh dapat dalam RM100K plus minus. Tengok lokasi lah. Macam rumah saya duduk sekarang, harganya RM89K. Saiz yang sama, kat area Bukit Katil. Makcik saya punya. Saya tolong sewa kat dia. Kalau saya tak sewa, takde orang pulak nak duduk. Kat depan rumah saya pun ada rumah kosong gak, Bank Lelong. Baru RM88k. Ada sesapa minat?
Saya ni orang kampung, duduk pun rumah kampung. Tanah bapak saya, arwah atuk yang bagi. Abah pun buat rumah kat situ. Sikit-sikit. Mula-mula dulu saiznya 10′x10′. Situ la ruang tamu, situ la dapur, situ la tempat tidur. Kira stok macam rumah kongsi jugak lah! Lepas tu upgrade sikit, dan sikit, dan sikit. Makan tahun jugak la. Rasanya dalam 10 tahun lebih baru la rumah tu jadik macam sekarang ni. Best dok rumah kampung ni, sejuk, nyaman, tenang…tak tenang kalau ada eksiden kat tempat rumah. Dah ramai orang saya selamatkan dari dalam parit sebelah rumah ni. Ada jugak yang mati. Innalillah…
Jadi, bila duduk kat rumah taman ni, dan berkongsi dinding, saya agak kekok, rimas dn serba tak kena. Orang sebelah ketuk dinding, kita dengar. Orang sebelah masak lauk kari, kita bau. Orang sebelah bukak radio kuat-kuat, kita pun tumpang sekaki layan..jimat duit, takyah beli radio!
“Ko beli ke rumah ni?” kawan saya pernah tanya.
“Takde lah. Makcik aku punye. Die kat Lumut. Aku tolong sewa je” saya jawab.
“Beli le. Daripada ko bayar sewa bulan-bulan kat makcik ko. Rumah ni bukannya jadik rumah ko pun” katanya lagi.
“Aku tak suka kongsi dinding! Baik aku kumpul duit beli tanah,pastu buat rumah sendiri. Takde sapa nak berhutang dengan bank sampai 30 tahun. Gila!” Jawab saya.
———————————————————
Cerita rumah kongsi tadi mengajar kita yang sebenarnya kita berhak untuk hidup mewah di bumi Malaysia tercinta ni. Bayangkan la bagaimana susah payah orang lain datang kat tempat kita, keja sungguh-sungguh walaupun pada awalnya dia langsung tak tau apa-apa, dan akhirnya bagaimana sedikit demi sedikit tanah di bumi bertuah kita ini TERPAKSA kita kongsikan dengan orang yang bukan warga negara kita pun. Kalau orang kita buat kedai kat tepi jalan, nak meniaga cepat kena roboh. Menangis keluat air mata darah pun tak di layan. Ni sampai dah naik rumah batu 2 tingkat!
Cerita kongsi dinding tu pulak mengingatkan saya bahawa saya perlu berusaha untuk beli tanah sendiri, atas nama saya sendiri, bukan sekadar berpuas hati dengan rumah kecik yang terpaksa di kongsikan dinding dengan orang lain. Bangsa lain boleh hidup mewah kat tanah kita, kenapa saya kene berkompromi dengan kesusahan dan kepayahan? Apa beza saya dengan bangsa lain? Malahan sebenarnya menjadi seorang Islam lebih beruntung kerana saya ada ALLAH!.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada anda, para pembaca sekalian untuk berusaha dengan lebih gigih dan gagah mulai dari sekarang. Kenapa perlu gagah? Kerana masa depan adalah amat mencabar. Cabaran bukan saja datang dari puak – puak yang ultra kiasu ni, yang mintak macam-macam sedangkan dah dapat macam-macam, tapi juga dengan kebanjiran warga asing yang tak kenal dek untung, yang menghakis sedikit demi sedikit kekayaan kta di bumi kita sendiri.
BERUSAHALAH BANGSAKU! USAHALAH UNTUK BANGSA, AGAMA DAN JUGA NEGARA TERCINTA KITA!
INGATLAH PESAN SAYA INI,
“A MAN WITH NO LAND, IS A MAN WITH NO COUNTRY”



