Salam kepada para pembaca sekalian.
Tahun ni sahaja sudah ada 2 orang kawan saya yang bercita – cita hendak membuka bisnes nursery@jaga anak orang. Nursery yang mempunyai konsep dan tema. Bagus tu. Saya suka dengan idea bisnes tersebut cuma saya belum mampu untuk melaksanakannya.
Tak cukup modal
Kawan saya yang pertama ni sedang berkira-kira untuk membeli sebuah rumah 2 tingkat. Bahagian atasnya akan di jadikan nursery manakala yang bahagian bawah akan di jadikan pit stop untuk budak-budak sekolah pagi yang hendak ke sekolah agama time petang. Em…2 in 1 la ni…Bagus jugak. Lokasi rumah yang dia pilih tu pun cantik. Rumah corner lot, betul-betul dekat dengan sekolah.
Cabarannya sekarang ialah tuan rumah tu tak nak sewakan rumah tu, dia cuma nak jual je. Manakala kawan saya ni adalah seorang kerani sepanjang hayat. Sekarang ni dengan idea dan semangat yang membara, dia berusaha untuk mencari dari kalangan kawan-kawan yang ingin membeli rumah tersebut dan seterusnya dapatla dia menyewa dari kawan-kawan nya. Dah cukup duit baru la dia beli rumah tu.
Any takers?
Bisnes hujung minggu
Kawan saya yang kedua ni pula dah tension dengan kerjanya sekarang. Jawatan? Pegawai IT. Hebat. Dia terfikir untuk menjalankan bisnes nursery yang fokusnya untuk kanak-kanak berusia 2 sehingga 4 tahun. Kat sini nanti, kanak-kanak akan belajar dan bermain dalam satu program atau playgroup yang di rangka khusus untuk develop healthy, fizikal fit, bijak dan competent.
Dari apa yang saya faham jugak, program ini akan di laksanakan ketika waktu hujung minggu, 1 jam sahaja. Matlamat nya ialah supaya ibu dan bapa dapat bersama-sama spend some quality time dengan anak-anak mereka. Alhamdulillah…semoga matlamat ini tercapai.
Dilema menghantar anak
Saya pun dahulu pernah juga menghadapi dilema nak hantar anak untuk orang jaga ni. Anak saya yang pertama, Aisyah, di jaga oleh neneknya in the early stage sehinggalah neneknya perlu menjalani pembedahan. Masa tu Aisyah dah berusia 7 bulan. Dah kenal orang lah. Jadi mula lah saya dan wife round taman kami dan tanya orang ada sapa tak yang nak jaga anak kami.
Alhamdulillah urusan kami di permudahkan. Dengan keadaan rumah yang kemas, tuan rumah yang friendly dan harga yang munasabah, kami bersetuju untuk menghantar Aisyah ke sana. Biasalah,hari pertama dan kedua tu memang penuh dengan tangisan lah. Hehhehehh. Sayu hati nak menghantar anak di jagaan orang lain…huhu
Nak-nak bila kita baca dalam suratkabar macam-macam kes yang berlaku di nursery atau pusat jagaan ni. Ada yang melibatkan kecederaan dan yang lebih teruk kematian. Kalau yang hantar kat umah orang, kadang-kadang melibatkan kes penderaan lagi. Nauzubillah! Moga Allah jauhkan anak-anak kita dari semua tersebut.
Saya yakin dan percaya, orang yang membuka bisnes nursery ini adalah orang yang jujur dan lembut hatinya. Orang yang sabar dalam melayani kerenah anak-anak. Orang yang mempunyai anak dan berfikir bagaimana untuk memberikan jagaan dan didikan yang sempurna kepada anak-anaknya. Idea ini jika di kembangkan untuk di kongsi bersama kawan-kawan akan jadilah satu bisnes yang di gelar nursery.
Saya juga percaya tidak ada pengusaha nursery yang mahukan apa-apa kemalangan berlaku kepada anak-anak di bawah jagaannya. Risiko itu ada, tapi kalau boleh hendak di minimakan. Ye lah bila dah ramai tu, yang ini cakar yang ni, yang sorang lagi lompat-lompat, yang sorang lagi berlari laju-laju sampai semua orang di langgarnya dan macam -macam lagi kerenah anak-anak kecil ini.
Bila ibu dan bapa datang untuk mengambil anak mereka, ada lah yang lebam sana, berdarah sini, bengkak sana dan macam-macam lagi. Masa ni mulalah timbul rasa kurang senang atau tidak puas hati ibu dan bapa terhadap pengusaha nursery tersebut. Ada yang mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan anak mereka, ada juga yang ugut nak saman, dan ada juga yang pilih jalan untuk berbincang.
Siapa yang jaga mereka?
Sahabat sekalian.
Tahukah anda sebenarnya siapa yang jaga mereka? Ingatkah lagi anda kepada satu kes di mana seorang anak kecil terjatuh dari tingkap bilik tidur ibu dan ayahnya? Ingatkah anda kepada satu lagi kes di mana seorang anak kecil mati lemas di dalam baldi di dalam bilik air rumah ibunya? Pernah kah kita terfikir yang kita tidak mungkin akan dapat memerhatikan setiap pergerakan anak-anak kita setiap masa? Hatta kalau kita tidur di sebelah baby kita pun ada kemungkinan kita akan menghempap baby kita sendiri. Betulkan?
Jadi siapa yang jaga mereka? Jawapan nya adalah Allah. Allah lah senantiasa menjaga mereka sama ada mereka bersama kita, atau di rumah makcik yang kita hantar anak tersebut atau pun di nursery. Serahlah keselamatan anak itu kepada Allah kerana kita tidak mungkin dapat menjaga mereka sepenuh masa. Semoga dengan limpah kasih sayang Allah, anak kita akan selamat dan terpeihara dari semua kejadian yang tidak di ingini.
Jika ada kejadian yang tidak di ingini berlaku, yakinlah bahawa Allah sedang menguji kita. Kerana ujian Allah itu ada banyak bentuk dan tahapnya. Senantiasalah kita berdoa:
“Ya Allah, jikalau engkau menguji aku, ujilah aku dengan sesuatu yang mampu aku tanggung. Janganlah engkau menguji aku di luar kemampuan ku Ya Allah. Sesungguhnya engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
Kepada kawan-kawan yang hendak bukak bisnes nursery, teruskanlah. Lengkapkan lah diri anda dengan ilmu perniagaan secukupnya dan tajamkan lah skil komunikasi anda sebaik mungkin. Anda mungkin perlukan nya satu hari nanti.
BERUSAHALAH!!!

betul betul betul. kadang2 kita lupa meletakkan harapan pada Allah, dengan rahmat Allah la anak kita terpelihara dari sebarang malapetaka dan celaka.
yep. pengajarannya,kalau berlaku sesuatu kat anak-anak kita, jangan lah kita terus salahkan orang yang jaga tu. kecian die….bawak le berbincang
Yep betul lah tuh, kalau nak komplen2 pegi jaga anak sendiri lah… jadi suri rumah sepenuh masa ka…
heheh….kita kan para pencari rezki. tak sempat nak jaga anak sendiri
rumag tue area maner abg paat..
rege menarik ker?
macam berminat?
kat tasik utama jek…minat? nnt jumpa akak tu terus. nego ngn die.
Fuh.. Subhanallah!@!! Hebat sahabat!@!!!
Leh ler nego umah yg nak juai tueh!!!
sila, sila. umah tu available lg tuh.