Tanda-tanda Anda Kena Berhenti Kerja

Salam. Yang pertama jangan konfius tajuk tu dengan “Anda di berhentikan kerja”. Itu lain. Yang tu maksudnya, anda kena pecat. Bahasa omputihnya, “You’re Fired”. Tapi tajuk hari ialah tanda-tanda, sama ada peringkat awal atau tahap kronik, anda kena atau have to atau memang tak ada jalan lain selain dari berhenti kerja. Got me?

Saya menulis tajuk ini berdasarkan kepada pengalaman saya selama 9 tahun makan gaji. 3 tahun di institusi swasta manakala 6 tahun di kerajaan sebagai pegawai kontrak atau bahasa indahnya KONTRAKTOR TAKDE KELAS. Ye lah, orang lain jadik kontraktor kelas F, kelas C, kelas A, saya??. Syukur…..kata saya.

Ayat di atas tadi pun dah menunjukkan yang saya memang kena berhenti. Ia termasuk di dalam kategori perbandingan, sama ada secara jelas atau tidak. Apa beza perbandingan antara jelas atau tidak? Jelas bermaksud perbandingan itu di lakukan dengan sesuatu yang nyata, dalam kes ini kontraktor kelas F. Memang wujud kan kontraktor kelas F? Atau jika saya bandingkan dengan pegawai kerajaan berpangkat tetap. Tentu banyak faedahnya kalau berpangkat tetap. Ada pencen, boleh buat pinjaman kereta dan rumah, dapat peluang melanjutkan pelajaran dan macam-macam lagi lah. Betul tak?.

Yang tidak jelas maksudnya membandingkan dengan sesuatu yang belum ada, atau berkemungkinan, dengan syarat si pelaku mengambil action atau tindakan segera. Jika ianya tidak di lakukan maka perbandingan itu hanya akan menjadi angan-angan. Contohnya, jika anda berhenti kerja esok, anda yakin anda akan peroleh keuntungan yang lebih sekiranya anda membuka perniagaan katering. Ini mungkin di dorong oleh faktor adanya saudara atau sahabat anda yang memiliki perniagaan yang sama. Namun risiko nya ialah anda cuma nampak bahagian yang untung nya sahaja. Yang rugi? yang tak laku? overhead kos?.

Tanda – tanda lain yang perlu saya tunjukkan ialah:

  1. Anda mula malas bangun pagi. Ini bukanlah satu sifat yang bagus. Orang yang berniaga juga perlu bangun pagi. Tapi jika anda bekerja, jam loceng merupakan musuh ketat anda. Anda merasakan anda perlu melambatkan masa. Anda tidak yakin hari ini akan jadi lebih produktif dari semalam. Anda tercari-cari alasan konkrit untuk tidak hadir atau sekurang-kurangnya melambatkan usaha kemasukan anda ke opis. Tayar pancit? Migrain? Anak demam? Saya yakin bos anda telahpun mempunyai database ALASAN yang sering di gunakan.
  2. Masa anda di opis banyak di habiskan dengan berchatting, berfacebook, mengeteh, main karom, main dat, hisap rokok tepi tangga dan sebagainya. Anda perlu ingat bahawa kerja adalah amanah. Benda – benda yang anda lakukan itu menunjukkan anda tidak amanah semasa bekerja. Bagaimana pula hukumnya dengan rezki yang anda cari tersebut? Masyaallah. Anda juga perlu ingat bahawa ramai lagi orang di luar sana yang tercari-cari kerja, yang mana jika mereka diberi peluang yang sama rata untuk menjalankan kerja anda, mereka akan melaksanakannya dengan 10 kali ganda lebih baik. Berilah mereka peluang!
  3. Wujud bibit-bibit pertelingkahan dengan bos, supervisor atau rakan sekerja anda. Pernah dengan ungkapan “Bos always right”? Saya yakin, majoriti pernah mendengarnya. The truth is, walau pun bos tak betul, mereka akan ingat mereka betul. Kerana mereka yakin ungkapan tadi telah di tanamkan di dalam minda separa sedar pekerja bawahan mereka. Ini merupakan satu penindasan berbentuk psikologi. Jadi apabila wujud sesuatu isu yang memerlukan perbincangan, bos selalunya akan menggunakan ungkapan tersebut. Jika ianya tidak keluar dari bibir bos, ianya pasti akan keluar dari mulut rakan sekerja yang menyokong bos atau bahasa mudah nya kaki kipas bos. Atau mungkin juga ianya akan terbit dalam minda anda sebagai satu warning signal. Kesannya, pergaduhan yang bermula dari minda dan berkemungkinan akan berakhir dengan makian dan cacian dan mungkin juga ada pihak yang akan di sauk.
  4. Anda mula mempersoalkan semua dasar, peraturan dan sistem yang telah digunapakai selama ini dengan nada yang keras. Perubahan memang perlu. Bear in mind. Mereka yang tidak mahu berubah adalah mereka yang sama ada telah terlalu selesa atau terlalu penakut. Jika perubahan tersebut melibatkan individu, maka ianya perlulah di laksanakan secara konsisten dan berhemah. Maksudnya, jika anda melihat ada sesuatu dasar atau peraturan yang berat sebelah, anda perlu menyatakan nya kepada bos anda. Anda cadangkan sesuatu yang lebih baik. Jangan pandai hentam je. Cadangkan sesuatu. Jika bos anda seorang yang open minded dan hearted, dia pasti akan mempertimbangkan cadangan tersebut. Apa yang perlu ialah perbincangan dalam komunikasi. Masalah timbul jika komunikasi wujud tetapi tiada perbincangan. Ianya seumpama mendengar radio. Dah puas dengar, tutup.
  5. Anda tidak nampak bagaimana kerjaya anda sekarang dapat membantu anda untuk 5 atau 10 tahun akan datang. Sesetengah dari anda telah pun melanggar dinding. Apa maknanya tu? Maknanya, gaji anda telah sampai ke maksimum. Mati. Langgar dinding. Untuk sekarang mungkin ok. Anak-anak pun kecil lagi. Tapi cuba bayangkan dengan harga minyak yang naik (lagi!), gula (lagi!) dan tol (lagi, lagi!!), mampukah gaji anda bertahan? Pilihan yang ada ialah anda pergi melanjutkan pelajaran untuk meningkat kan lagi jawatan anda. Sifir mudah, tinggi pangkat, tinggilah gaji. Betul? Tapi persoalannya, berapa ramai antara kita yang mahu membuka buku semula? alasan yang sering di dengar ialah otak dah berkarat, malas la nak bukak buku lagi, anak dah ramai, yuran belajar dah mahal, nak berulang-alik jauh dan macam-macam lagi. Emm banyak nya alasan untuk tidak berjaya!

Nah, itu adalah sebahagian kecil tanda-tanda mengapa anda kena berhenti kerja. Anda mungkin ada alasan lain. Kadang-kadang ia bersifat peribadi dan subjektif. Saya faham. Apa yang penting ialah jika anda merasakan sudah sampai masanya, take action. Janganlah bertangguh. Ingatlah bahawa Rasullah juga adalah seorang bisnesman. Yakin lah dengan rezki yang Allah beri. Insyaallah!

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya and tagged . Bookmark the permalink.

2 Responses to Tanda-tanda Anda Kena Berhenti Kerja

  1. ijamidayu says:

    Owh.. memang kena lihat tnada2 nieh.. Heuheuehueheuhueh..

    Takyah le letak sig up form nieh bro.. :)

  2. shufaad says:

    heheh. betul2. lupe lak nak buang sign up form. banyak lagi nak edit ni…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>