Usahawan Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang melatih kita bersabar, berfikir dan sentiasa bersyukur kepada Allah akan segala nikmat yang di beri. Bulan yang mana setiap saat dan waktu kita di galakkan untuk berzikir dan mengingati Allah sambil kita tidak mengabaikan tugas harian kita untuk mencari rezki di bumi Allah.

Insyaallah..

Satu keberkatan bulan ini ialah saya dapat melihat begitu ramai usahawan Melayu Islam yang mencari kesempatan untuk berniaga di pasar-pasar Ramadhan seluruh Malaysia. Malahan persiapan untuk nya telah di mulakan sebulan lebih awal lagi. Khemah nya, meja nya, kerusi, generator, dan pelbagai bahan mentah yang di perlukan telah pun di sediakan. Lesen perniagaan jangan lupa pulak. Kalau dekat KL tu, beratur orang untuk ambik lesen perniagaan. Alhamdulillah..cuma nanti jangan la di jual pada warga asing pulak ye…

Semangat usahawan ini, yang mana kebanyakannya menyediakan makanan, dapat dirasai seawal pagi lagi. Selepas je sahur, mereka-mereka ini telah bergerak ke pasar besar untuk mencari bahan mentah. Ikan, ayam semuanya segar-segar di bawa balik untuk di proses. Yang mana perlu di bersihkan, akan di bersihkan. Yang mana nak kene rebus dulu, di rebus kan. Yang kene peram saya rasa dari semalam dah kene peram kot.

Kalau dekat area Peringgit (Melaka) tu, pasar Ramadhan akan bermula jam 3.00 petang. Khemah mula di buka, meja mula dibentangkan. Panas lagi kan…masyaallah..gigih sungguh mereka ini. Kagum saya melihatnya. Jam 4.00 petang sudah mula ada pengunjung. Bermula dari 4,30 petang sudah ramai, maklumlah kebanyakan orang bekerja gomen akan balik jam 4.30 ptg. Waktu anjal la katakan….Maka berkerumun lah mereka mencari rezki untuk di bawa pulang.

Kalau anda perhatikan, di tengah – tengah kesibukan orang Islam mencari juadah untuk berbuka, ada jugak kaum lain yang bukan Islam tumpang sekaki memeriahkan majlis. Maklum lah..ini lah masanya untuk merasai pelbagai jenis kuih buatan orang Islam yang semestinya berkualiti dan halal.

Bab yang paling saya suka ialah ketika sampai waktu berbuka. Kalau Makcik Jenab jual air, dia akan ke stall Abg Bidin untuk membeli kuih. Kalau terasa nak makan ayam golek, singgah sahaja ke kedai Dak Ayu. Kalau Abg Bidin nak makan mee hun sup pulak, singgah saja ke stall Pakcik Karim. Champion sup die! Ha, macam tu lah semangat berniaga!

Sahabat sekalian

Sebenarnya orang Melayu kita ni memang dah ada sifat berniaga atau keusahawan dalam diri masing-masing cuma kita ni ikut season atau ikut musim. Kalau Ramadhan ramailah, kalau Rejab belum tentu. Mungkin juga kita takut persaingan. Ye lah, kalau kaum lain meniaga makanan bulan Ramadhan, sapa pulak nak beli kan? Ini lah masanya orang Melayu Islam berniaga sepuas-puasnya. Kalau bulan lain belum tentu. Ini lah yang di namakan mengikut musim.

Kemana pulak perginya usahawan kita sebelum dan selepas bulan Ramadhan? Magikkan?

Sedarkah kita bahawa industri makanan Halal negara kita di pelopori oleh orang bukan Islam? Berapa banyak kilang-kilang makanan Halal milik orang Islam kita kat Malaysia ni? Tak banyak kan. Bukan kata kilang makanan Halal, penganjuran untuk aktiviti, pameran, seminar Halal Malaysia pun di kuasai oleh orang bukan Islam. Di manakah perginya usahawan kita? Adakah cukup dengan berniaga kuih di depan rumah? Di manakah perginya profesional Islam yang cukup lantang membicarakan dan mendiskusikan ekonomi Islam walhal mereka sendiri tidak pernah berniaga. Wlahal mereka sendiri tidak pernah turun padang membawa idea-idea hebat ini untuk di implementasikan oleh usahawan kecil-kecilan kita.

Cukupkah sekadar Industri Kecil dan Sederhana? Tak bolehkah ada Industri Besar dan Gergasi. Masyaallah alangkah hebatnya umat Islam di Malaysia sekiranya kita dapat bersama-sama menguasai ekonomi Malaysia yang bertuah ini. Mulakan lah dengan industri makanan kita. Kenapa? Kerana apa yang kita makan itu akan membentuk peribadi kita. Tidak kah kita risau sumber makanan yang kita beri kepada anak-anak kita bukan berasal dari sumber yang halal? Bagaimana hendak kita menghadap Allah kelak sekiranya di tanyakan hal berkaitan sumber makanan tersebut? Apa pula akan jadi kepada anak-anak kita di masa akan datang? Adakah lembut hati mereka dalam mengingat Allah atau keras hati mereka seperti batu di jalanan. Subhanallah!

Kadang-kadang saya berharap agar setiap bulan adalah bulan Ramadhan. Ini kerana saya dapat melihat syiar Islam berkembang dengan pesat. Berniaga adalah syiar Islam. Ia menunjukkan kekuatan ekonomi umat Islam. Ia menunjukkan persepakatan dan persefahaman antara penjual dan pembeli. Ia melatih umat Islam sabar dan adil di dalam timbangannnya. Ia membentuk insan cemerlang yang mempunyai motivasi untuk membangunkan ekonomi keluarga dan seterusnya Islam secara keseluruhannya.

Saya mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama membantu saudara kita yang berniaga di pasar-pasar Ramadhan ini. Mungkin bukan setiap hari kita membeli tetapi ikutlah kemampuan kita dan tanamkan lah niat untuk membantu saudarra se Islam. Insyaallah semoga Allah menambahkan rezki kita di bulan yang mulia ini.

Saya juga menyeru kepada usahawan – usahawan sekalian agar menamkan azam dan tekad untuk meneruskan aktiviti berniaga walaupun ketika habis bulan Ramadhan. Mungkin bukan di tapak yang sama tetapi mulakan lah di kariah anda terlebih dahulu. Saya yakin dan percaya semangat Ramadhan akan membuatkan kita senantiasa ingat pada Allah dan yakin pada rezki yang telah di tetapkan oleh Allah. Insyaallah!

About shufaad

Sudah sampai masa untuk berubah. Masa untuk menjadi lebih baik dari yang sebelum.It's all about CHANGE! There's no better time to CHANGE than NOW!
This entry was posted in Pandangan Saya and tagged . Bookmark the permalink.

5 Responses to Usahawan Bulan Ramadhan

  1. Rahshidi says:

    Bulan nie kalau berniaga makanan lebih besar pahalanya sebb dugaan bau makan yang sedap :)

  2. shufaad says:

    jgn lupe ole2 dari aloq star!

  3. fyza says:

    paat, kalau aku byk duit, aku tolong kawan ko beli umah tu.. huhu.. apapun, aku doakan diorang berjaya..

    another thing, aku suka tgk semangat orang mcm ko.. tapi aku belum cukup kuat utk jadi seperti mereka.. hurmmm….

  4. shufaad says:

    insyallah…aku pun tgh belajar nak beli property dari tuan hj kamarul. byk benda kene belajar ni. mintak2 la Allah bagi aku kekuatan. Amin

  5. ijamidayu says:

    Nie yg perlu kita lihat mana silap dier der…

    Mungkin kita tak ramai sedar atau terlepas pandang… :)

    Walaupun ALLAH dah beri 100x ganda lebih dari gaji masih kurang yakin akan perniagaan.. :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>