Salam. Topik hari ini bukan berkaitan dengan macam mana nak jadik dealer kete, atau macam mana nak bukak bisnes kete atau tips-tips ajaib nak jadik salesman kete yang berjaya. Langsung takde kaitan. Topik ini di tulis atas pengalaman saya berjumpa dengan beberapa orang usahawan yang hebat dan nak jadik hebat. ye la..sebelum jadik hebat kena ada keinginan atau desire untuk jadik hebat. Betul tak?
Seringkali kite mendengar ungkapan “alah..baru bukak bisnes dah beli keta besau. macam ni la orang melayu”. Ye tuan-tuan dan puan-puan. Saya yakin anda selalu mendengar ungkapan ini. Ianya bermaksud jangan lah kita menukar kereta kerana bisnes kita baru bermula, nanti tak dapat bayar, malu sekampung. Kereta kena tarik, anda kena blacklist.
Dari sudut konvesional, kita melihat ungkapan ini sebagai satu nasihat dan peringatan. Dan saya yakin ramai yang akan bersetuju dengan nya. Maklumlah siapa yang nak kereta kena tarik kan?
Dari sudut lain pula, memiliki sebuah kereta yang hebat adalah satu keperluan. Bagaimana pula ia boleh menjadi satu keperluan? Apakah yang membezakan sekiranya anda memiliki kereta yang berharga RM50K dengan RM150k ? Kereta murah pun boleh jalan kan? Jadi di mana letaknya keperluan seorang usahawan untuk memiliki kereta yang hebat?
Psikologi
Secara psikologi nya, usahawan yang memiliki kereta yang hebat akan merasa yakin dengan penampilan nya dan bisnes yang dia jalankan. Cuba tengok mereka-mereka yang menjalankan bisnes MLM. Rata-rata kalau bagi flyers tu mesti ada gambar BMW, CALDINA ataupun WISH. Mereka juga berpakaian segak dan tampan siap bercermin mata hitam (bagi yang tak rabun la). Bukan MLM saja, usahawan lain pun ada jugak yang pakai kereta brand tu. Tapi momokan BMW ini sering di kaitkan dengan industri MLM.
Bagi potential client atau customer juga mereka akan melihat kereta dan penampilan usahawan ini sebagai simbol kejayaan. Kereta best, mesti masyuk ni. Sekurang-kurangnya itu lah yang akan mereka katakan. Mereka juga akan jadi lebih yakin untuk berurusniaga dengan usahawan ini.
Kebetulan juga semalam saya ke Kolej Tunku Jaafar untuk berjumpa dengan seorang kawan lama. Di pertengahan jalan saya singgah di pekan Nilai untuk berjumpa dengan abang saya. Soalan pertama beliau “Mano keto Wira ko dik?” Belum saya sempat menjawab, dio mencolah “Ooo nak jumpo client. Paham, paham”. Hehe. It happens to me. It will happen to you also. Kereta adalah imej seorang usahawan. Kalau la semalam saya lanyakkan jugak kereta Wira gaban tu, mau bergema Kolej yang aman tu dengan bunyik ekzos perang nya.
Motivasi
Selain itu, memiliki kereta hebat juga memerlukan anda untuk membayar lebih. Ingat, kereta hebat tak sama dengan kereta curi. Kereta curi kalau dari Singapore dah boleh dapat murah, tapi lepas tu siaplan. JPJ, Kastam, Polis semua singgah rumah. Ini bermula dari mas kahwin@downpayment sehinggalah ke bayaran bulanan. Kalau kereta tu harga RM150K, minimum maskawin 10%, dah pegi RM15k. Bulan-bulan mau RM1500. Jadi usahawan yang teringin atau kepingin memiliki kereta -kereta hebat ini akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan downpayment dan seterusnya bayaran bulanan tersebut akan di jadikan motivasi untuk bekerja dengan lebih keras demi untuk menyara kehidupan dan membayar monthly payment. Logik kan?
Meningkat kan nilai sebuah kereta
Umum mengetahui the moment kita beli kereta, kita akan rugi. Define rugi. Apa yang di maksudkan dengan rugi? Sesetengah orang mengatakan rugi ada kaitan dengan second hand value sesebuah kereta. Atau nilai jualan balik. Kalau anda beli RM100k, esok lusa, bulan depan dah jatuh RM90K. Rugi lah tu. Jadi bagaimana nak mengatasi kerugian tersebut? Adakah anda perlu memodified kereta anda dan berharap ada buyer gile untuk membeli kereta anda? Contoh anda beli MyVi, campak kan enjin nye ke longkang dan masukkan enjin turbo YZF. Beli Rm60K , jual RM80k. Macam tu?
Semestinya bukan. Yang saya maksudkan ialah nilai atau value. Ianya tidak ada kena mengena dengan price atau harga. Jadi bagaimana caranya? Caranya ialah dengan mendengar CD-CD motivasi dan pembangunan diri, ceramah-ceramah agama,live seminar, kaedah – kaedah sembahyang jamak bagi musafir (sangat berguna bagi seorang usahawan) dan sebagai nya yang mana pengisiannya akan dapat menjana idea dan mengukuh kan semangat entrepreneurship di kalangan usahawan. Ingat, usahawan adalah insan. Insan bermaksud lupa. Jadi kita harus senantiasa mengingatkan diri sendiri tentang matlamat dan tujuan kita berniaga. Dengan cara ini, nilai sesebuah kereta akan meningkat secara total.
Cerita kenderaan sebagai aset
Alkisah seorang usahawan hebat yang saya jumpa ni sejak dari mula meniaga sampai sekarang dia sangat setia dengan van vannette nye. Ye van vannette itulah aset pertama syarikat yang digunakan untuk ke sana ke mari, hatta berdating. Walaupun van tersebut sudah di mamah usia dek kerana karat dan cat yang dah pudar, ia masih lagi in running condition dan masih lagi digunakan sehingga kini. Selain itu beliau juga mempunyai sebuah kereta rakyat yang sudah habis bayar dan sebuah lagi kereta conti yang dah banyak kali di ugut untuk di tukarkan dengan yang baru.
Setiap kali kereta conti tersebut rosak, maka timbul lah niat dan keninginan untuk menukarnya dengan yang baru. Bila timbul je niat, tetiba ok lak. Emm…kereta pun ada perasaan. Ia ingin dan di sayangi dan menyayangi. Ia mahu berbakti kepada tuannya sehingga ke akhir hayat nya (hayat kereta tu..bukan hayat kawan saya tu. hehe)
Seorang lagi usahawan hebat yang saja jumpa menggunakan kereta nya untuk mengangkut apa sahaja yang boleh diangkut. Dari monitor gumuk 17 inci, CPU , server, tools, tangga dan sebagainya. Dia betul-betul meng optimize kan kereta nya untuk bisnes. Sehinggakan ke empat-empat tayar kereta nya dah botak sampai nampak benang pun dia tak sedar. Kalau lah tak pancit aritu, mahu meletup tayar tu tengah jalan. Ternyata Allah masih sayangkan sahabat saya ini.
Seorang sahabat pernah berkata kepada saya, niat dia berniaga adalah kerana Allah dan untuk membantu keluarganya. Segala usaha dan keringatnya di fokuskan kepada matlamat tersebut. Dia tidak pernah pun mengimpikan untuk membeli kereta yang hebat – hebat ini. Alhamdulillah sekarang dia sudahpun mempunyai CLS350 dan Subaru Impreza version, di samping sebijik Pajero perang untuk ke site.
Itulah yang di namakan REZEKI!

..haissshhh!!!impressedddddd…
aku selalu beri galakan kat orang suruh berenti keje dan bukak bisnes. yang menariknya kau adalah salah sorang yang aku tak penah cakap pun hal ni masa kau keje dulu. Nice Move Bro.
hidup memang menarik bro….thats why kita kena hargai hidup kita setiap detik. Thanks!
kumpul duit, beli la impreza tu….;)
Fuh!! Amat menarik.. Kesimpulannya!!!!
USAHA…USAHA…Usaha…